Selasa, 10 Februari 2015

Air mata Izzah dan senyum Saiful


2.10pm: Suasana tegang menyelubungi perkarangan Istana Kehakiman. Penyokong Anwar melaungkan slogan-slogan mengecam keputusan itu.

Loceng pasukan pencegah rusuhan dibunyikan dan anggota pasukan itu dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Anwar masih berada di mahkamah bersama peguam utamanya Gopal Sri Ram.

2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" gamatkan dewan mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.




1.57pm: Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.


"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.

1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Tokoh PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.


Bagaimanapun beliau juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri.

1.34pm: Shafee mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun.

1.28pm: Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak sumbangan Anwar terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, “lebih besar juga jenayahnya”.




1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.

1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.

1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

1.08pm: Mahkamah bersambung semula.

1.04pm: Anwar memeluk isteri dan anaknya Nurul Izzah. Suasana penuh emosi.

12.45pm: Anwar memberitahu cucunya supaya rajin-rajin belajar manakala isterinya Wan Azizah berkata anggota keluarga mereka kekal tabah.

12.20pm: Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim.






Beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong Anwar mula memenuhi pintu belakang Istana Kehakiman apabila Hakim Mahkamah Persekutuan putuskan Anwar Ibrahim
bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Anwar kelihatan tenang dan memeluk ahli keluarga yang hadir. Anwar kini dilihat sedang berbincang dengan barisan peguamnya.

Sebaik sahaja keputusan didengar tadi, Anwar memeluk Wan Azizah dan bercakap dengan ahli keluarganya manakala anak perempuannya dilihat menitiskan airmata
di dalam kamar mahkamah.

Anwar kini berdepan hukuman penjara minumum 5 tahun dan hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: