Selasa, 10 Mac 2015

Ustaz Kazim, Dr Asri mungkin ceramah bersama di Perak

Setelah beberapa hari isu panas roti jalaantara Ustaz Kazim dan Dr Maza, kini isu tersebut semakin tenang dan kembali berpijak di landasan ukhwah Islam.

Terbaru aku petik laporan portal berita yang akan membuktikan kedua-dua tokoh agama ini telah 'berbaik' semula. Alhamdulillah.

IPOH: Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mungkin berganding bahu menyampaikan ceramah dalam majlis anjuran Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (KADIR).

Namun Pengerusi Kadir, Datuk Azhar Ahmad berkata perkara itu masih dalam perancangan.

"Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) turut minta kami untuk menganjurkan majlis itu dan kita akan cuba mengaturkannya dalam masa terdekat," katanya di sini hari ini.

Pada masa yang sama beliau bersyukur dan gembira apabila kedua-dua tokoh itu bertemu dan berbincang dalam suasana santaidi Kangar, Perlis semalam, setelah timbul perbezaan pendapatantara mereka sebelum ini.

"Kami dari KADIR sangat seronok dan senang hati melihat masalah kedua-dua ulama kita ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik mengikut lunas-lunas agama kita," katanya.

Sementara itu Azhar berkata KADIR akan menganjurkan program 'Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat' di Stadium Mini Bagan Serai pada Khamis ini.

Beliau berkata majlis itu dijangka disertai Tokoh Selawat Nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Menteri Besar Perak.

"Ini adalah kali ketiga Tokoh Selawat Nusantara itu hadir ke Perak. Kali pertama pada tahun 2012 iaitu di Program Perak Berselawat di Dataran Ipoh yang berjaya menarik 15,000 hadirin.

"Kali kedua pula pada April 2014 di Stadium TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) Lumut bersempena Hari Tentera Laut yang berjaya menarik hampir 20,000 orang," katanya. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: