Khamis, 26 Februari 2015

Utusan rugi tiga kali ganda ...

Selepas mengalami Media Prima kemerosotan keuntungan, satu lagi lidah rasmi UMNO mencatat kerugian tiga kali lipat ganda. Satu petanda orang dah menyampah dengan kezaliman UMNO. Hidup berat sebelah itulah jadinya. Lebih baik baca sinar harian yang neutral dan tidak memihak. Itu lagi bagus.

Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39
juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada  RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan,
pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan
itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan
edaran akhbar.

"Bagaimanapun kami akan meneruskan pelaksanaan strategi menambah baik kandungan akhbar kami dan menawarkan pakej kreatif untuk pengiklanan," kata syarikat
itu.

Kumpulan juga akan terus melaksanakan strategi penjimatan kos dalam operasi perniagaan termasuk mengambil langkah mengurangkan kadar pengembalian dengan
memastikan peruntukan bekalan akhbar dan majalah dibuat secara cekap.

- Bernama

* PERKASA tak nak kumpul dana melalui tabung belas ehsan dah ke..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Seronok sangan ler bila Melayu rugi. Pi jilat pungkoq Kit Siang tu sbb dia pun seronok tgk melayu lingkup!