Khamis, 26 Februari 2015

DAP boleh 'pergi'

Berita ini aku petik dari utusan online. Jadi hangpa fahamlah ttujuannya apa.

DAP boleh 'pergi'

DAP dipersilakan untuk meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu masih berkeras membantah hasrat Pas untuk meneruskan
pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP pernah mengambil tindakan serupa apabila parti itu keluar daripada Barisan Alternatif kerana
tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan Pas.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan berganjak daripada dasar dan prinsip perjuangannya walaupun diherdik serta diugut oleh pemimpin-pemimpin DAP.

“Kenapa hari ini DAP perlu mengugut Pas sedangkan bila-bila masa DAP boleh berangkat pergi?

“Namun, mengharap Pas berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah SWT maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik,” katanya dalam kenyataan melalui
laman Facebook beliau hari ini.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan kelmarin menegaskan, rang undang-undang hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kelantan (2) 1993 tidak mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang dan bukan sebahagian daripada rangka kerja bersama mereka.

Gobind turut mengingatkan bahawa Pas tidak akan lagi dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu membentangkan pindaan
enakmen berkenaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bulan depan.

Kenyataan Gobind itu dibidas oleh Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam dan beliau mengingatkan DAP supaya tidak berlagak sebagai
ketua dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini menyindir sikap
DAP yang tidak berpuas hati apabila Pas enggan mengikut telunjuknya.

Menurut beliau, reaksi DAP terhadap komitmen Pas untuk melaksanakan hudud boleh diibaratkan seperti kelakuan kanak-kanak yang menghentak-hentakkan kaki
di depan ibunya kerana tidak berpuas hati.

“Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ini bukan anak-anak lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya memberitahu, DAP tiada sebab untuk menggelabah terhadap hasrat Pas melaksanakan
hudud.

“Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada umat Islam dan dikenakan kepada penjenayah sahaja, tiada sebab DAP serta mana-mana pihak
yang tidak terlibat menggelabah,” katanya melalui laman Facebook beliau semalam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: