Khamis, 26 Februari 2015

Untung media prima merosot .. petanda nak lingkup la tak lama lagi

Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM101.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, susut daripada RM289.98 juta pada tahun lepas.

Perolehan juga turun kepada RM1.51 bilion berbanding RM1.72 bilion sebelum ini, disebabkan ketidakstabilan pasaran, sentimen pengguna yang lemah dan insiden membabitkan kapal terbang menyaksikan pengiklan lebih berhati-hati untuk menempatkan iklan dalam tempoh tersebut, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.

Kumpulan itu melihat 2015 sebagai satu lagi tahun yang mencabar dengan prospek ekonomi domestik mengambilkira dari aspek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang dijangka rendah, harga minyak semasa yang rendah dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai April.

"Dengan cabaran ini, kumpulan berusaha untuk meningkatkan perolehan bukan tradisional, selain mengukuhkan bahagian pasaran dalam hasil pengiklanan utama," katanya.

- Bernama

* lihat ayat ini .. "dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai April." .. kan UMNO kata GST untungkan semua orang termasuk company. so yang dok iklan dan gebang hari-hari melalui melalui buletin utama dan sebagainya tu apa jadahnya. sekarang kenapa nak merungut? Tapi siapa peduli, tv yang berat sebelah, seeloknya biar bankrap aje.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha
Sendiri kasik iklan hari2 GST is good for you
Dulu2 pun ada iklan arak dlm TV dan Panggung, Good Chop Naladek Guiness Stout walhal arak tu baguhka utk kesihatan maka sndiri tanggung rugi lah

Artis2 pun dok kecoh2 tulong promote GST walhal baca skrip ja, bukan paham pun sangat

Tanpa Nama berkata...

GST oh GST. krooni UMNO pun takut