Isnin, 16 Februari 2015

Pemuda UMNO kata kalau tak suka Malaysia sila pergi negara lain

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Timbalan Angkatan Muda Keadilan, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak dapat menerima keputusan yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak menghasut rakyat supaya turun ke jalan raya kerana kononnya mahkamah tidak boleh dipercayai lagi, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

"Amat memalukan dan mengecewakan, Afif yang juga merupakan seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh rakyat Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bodoh.

"Beliau sepatutnya menilai kembali perjalanan kes Anwar di mana mahkamah telah memberi peluang yang seluas-luasnya kepada Anwar sehinggakan mengambil masa bertahun-tahun dan ditangguh berpuluh-puluh kali," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Rafizal, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memandang berat terhadap kenyataan Afif yang boleh menimbulkan huru hara dan mendatangkan bahaya kepada keharmonian negara.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin memohon kepada pihak Polis Di Raja Malaysia supaya menyiasat kenyataan ini di bawah mana mana akta yang berkaitan. Tindakan segera perlu di ambil supaya perkara yang tidak diingini boleh dielakkan," katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menggesa Afif serta seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keputusan mahkamah dan menghormati undang-undang negara.

"Jadilah rakyat Malaysia yang yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara:Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

"Sekiranya tidak, elok lah keluar saja daripada negara ini dan carilah undang-undang negara yang bersesuaian dengan selera masing-masing," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: