Isnin, 16 Februari 2015

Kemudahan internet untuk Anwar dalam penjara?

Lilin disusun di luar Penjara Sungai Buloh oleh penyokong yang mengadakan demonstrasi aman, sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menjalankan hukuman penjara lima tahun. Jabatan Penjara menafikan Anwar diberi kemudahan internet seperti didakwa beberapa blog.

Jabatan Penjara berkata bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi kemudahan internet di Penjara Sungai Buloh.

Kenyataan tersebut ekoran penulisan blog mempersoalkannya kerana akaun Facebook Anwar dilihat masih aktif menerusi status Facebooknya yang terkini, walaupun selepas dipenjara 10 Februari lalu.

Antara status Facebook Anwar yang dipersolkan adalah: "Cuma minta sedikit ihsan untuk beri sedikit penghormatan tetapi apakan daya. Dari jauh doa dan sentiasa dalam kenangan."

Status tersebut dimuat naik pada 13 Februari selepas Anwar gagal mendapatkan kebenaran Jabatan Penjara menziarahi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Khamis.

"Sesiapa (sahaja) boleh (kendali akaun) Facebook/ Twitter beliau (Anwar) dari luar," tulis Jabatan Penjara melalui akaun Twitter rasmi semalam.

Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Jabatan Penjara melayan semua banduan secara saksama sebagaimana peruntukan undang-undang dan peraturan penjara.

Katanya, Anwar tidak akan diberi sebarang layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh dalam menjalani hukumannya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Di sini saya ingin mengesahkan perkara ini (tiada layanan istimewa)," katanya ketika diminta mengulas kegusaran sesetengah pihak Anwar diberikan layanan istimewa dan luar biasa selepas dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun. – 16 Februari, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: