Isnin, 23 Februari 2015

Panas!! Dewan Ulamak PAS tolak Nurul Izzah jadi Ketua Pembangkang

PAS menyatakan pendirian untuk menolak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sekiranya beliau di calonkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai Ketua Pembangkang bagi mengantikan Datuk Seri Anwar ibrahim.

Kenyataan tersebut dilakukan oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfouz Mohamad ketika mengulas mengenai desas-desus perlantikan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008 yang lalu.

Mahfouz berkata, walaupun ramai pemimpin PR menyatakan sokongan terhadap keupayaan Nurul Izzah mengantikan tempat bapanya namum PAS melihat beliau tidak mampu memegang jawatan tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam dunia politik.

Beliau berkata, untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang, individu tersebut mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia politik dan PAS sangat yakin ciri-ciri berkenaan ada kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya ada dengar suara-suara hendak hantar nama Nurul Izzah untuk jadi ketua pembangkang, tapi itu tidak sepatutnya.

"Sedangkan Tuan Guru Hadi itu banyak pengalaman, lama dalam turun naik dan sudah biasa dengan politik.

"Kalau (presiden Pas) dapat sokongan itu memang setuju sangat jadi ketua pembangkang," katanya dalam satu kenyataan selepas Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, semalam.

Merujuk kepada laporan, beberapa nama calon yang bakal mengantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang mula menjadi bualan para pemimpin di dalam PR.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Mahfouz menegaskan jawatan Mursyidul Am PAS masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS namum Datuk Haron Din telah dilantik sebagai pemangku jawatan tersebut setelah penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

"Saya sudah berbisik dengan setiausaha Majlis Syura Ulama kena bersidang dan mereka kena menentukan hal itu segera," katanya lagi.

* bila nak ada parti lain ni. aku dah bosan dengan PAS, DAP, PKR, UMNO

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Unknown berkata...

Sepatutlah DAP yang layak kerana party tersebut mempunyai kerusi yang terbanyak dan PAS pula yang paling sedikit. Yang orang PAS sebuk-sebuk ini kenapa. Gunakan logic lah wahai kepada mereka yang mengelarkan diri ULAMAK.

Unknown berkata...

Sepatutlah DAP yang layak kerana party tersebut mempunyai kerusi yang terbanyak dan PAS pula yang paling sedikit. Yang orang PAS sebuk-sebuk ini kenapa. Gunakan logic lah wahai kepada mereka yang mengelarkan diri ULAMAK.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak fikir TGHA dpt sokongan utk jadi ketua pembangkang........

Tanpa Nama berkata...

Bila tidak pandai matematik maka gitulah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Apabila tidak pandai matematik maka begitulah jadinya.