Isnin, 23 Februari 2015

Kambing hitam mesti ada penembala ... tak gitu Sirul?

Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia digesa menyatakan kebenaran tentang apa yang telah terjadi di sebalik kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menggesa Sirul untuk benar-benar menyesali apa yang telah berlaku serta membantah hukuman mati terhadapnya dalam
keadaan dalang pembunuhan tersebut masih bebas.

“Sirul patut berhenti bersembunyi dan melarikan diri seperti yang dibuatnya sepanjang sembilan tahun lalu dan menyatakan pendirian secara jujur dan benar
mengenai pembunuhan pada tahun 2006 itu,” ujarnya dipetik
Roketkini.

Beliau berkata, masanya telah tiba untuk Sirul membuat pengakuan awam mengenai akuan salahnya kepada pihak polis pada 9 November 2006.

Pengakuan salah Sirul dalam percakapan beramaran yang dirakamkan ketika siasatan tidak dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Sirul pada Julai 2007.

“Sirul mesti mendedahkan sekarang sama ada pengakuannya itu adalah benar atau sebaliknya,” kata Kit Siang lagi.

Pada 3 Februari 2009, Sirul memberitahu mahkamah bahawa beliau merupakan ‘kambing hitam’ yang perlu dikorbankan demi melindungi pihak-pihak tertentu yang
tidak dihadapkan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: