Isnin, 23 Februari 2015

Ahh.. besar, tegang dan panjang!

Orang kata lagi besar dan panjang malah tambah ketegangan maksima, sedap rasanya. Sedap kepada siapa itu yang kita hendak tahu. Ada orang sedap, ada pula orang sakit tertahan-tahan. Malah ada yang hampir menangis. Alahai, besar, tegang dan panjang.

Ahhh .. sungguh tegang, besar dan panjang masalah yang dilalui sejak akir-akhir ini

Sungguh ianya semakin rumit dan membimbangkan

~ pen buruk online ™

TEGANG

Ketegangan suhu politik dalam pakatan rakyat kini berubah drastik, dari panas suam kini ianya semakin menggelegak… tungu masa untuk meletup. Siapa sangka ketegangan ini bakal meletus pada 18 Mac 2015?

Benarkah desas desus yang mengatakan bahawa anak lelaki Karpal Singh, Gobind Singh Deo akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya PAS tetap mahu melaksanakan hukum Hudud di Kelantan pada 18 Mac depan?

Jika dilihat melalui kenyataannya pada media, Gobind secara tegas memberi amaran kepada PAS agar tidak meneruskan perlaksanaan Hudud atau berdepan dengan tentangan hebat dari DAP.

Malah Gobind juga mengingatkan PAS supaya patuh kepada dasar perjanjian yang dipersetujui dengan pemimpin Pakatan agar undang-undang Hudud tidak termasuk didalam perjuangan parti pembangkang untuk mentadbir negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP. Gobind Singh.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Jika Gobind meninggalkan Pakatan Rakyat, ini bermakna DAP akan keluar dari gabungan pembangkang tersebut meninggalkan PAS serta PKR. Ini merupakan detik perpecahan kepada gabungan tersebut setelah ketiadaan Anwar Ibrahim dan juga Allahyarham Nik Aziz Nik Mat

BESAR

Jika tidak kena gaya, masalah yang melanda pakatan rakyat menjadi lebih besar dan terus membesar. Malah penceraian parti dalam pakatan rakyat tidak dapat dielakkan lagi.

Ditambah masalah dalaman PAS yang makin menyampah aku lihat. Mual dan mememningkan kepala.

Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan.

Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat.

Baca lanjut :

Pecat Mat Sabu, Hatta!!

PANJANG

Pbetulkah panjang itu nikmat? Tapi yang ini lagi panjang krisis lagi kurang kesedapan kepada penyokong pakatan rakyat. Penyokong dan pendokong semakin mual dan malah sudah ada yang hilang kepercayaan.

Kepada siapa lagi hendak mengadu? UMNO yang penuh lumpur? Tidak mungkin dan apakah ada ‘silent protes’ pada PRU 14?

Sama ada penyokong 52% pada pru 13 beralih kepada UMNO atau membuat ‘silent protes’ kedua-duanya menguntungkan kepanjangan hayat UMNO. Panjang itu nikmat buat UMNO, perang saraf dan taktikal mereka berjaya sedikit demi sedikit.

Mana pergi cerdik pandai dalam pakatan rakyat dalam mengekang ‘jarum’ yang dicucuk UMNO?!!

Artikel ini aku buat agar mengajak cerdik pandai dalam tiga parti pakatan rakyat berbuat sesuatu sebelum nasi menjadi bubur.

Ahhh …. Sunggguh besar, tegang dan panjang …!! ~ pen buruk online ™

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

PR tak boleh kata ini kerja UMNO. kena akui hakikat pemimpin PR memang tak berapa pandai dalam sepak terajang politik M'sia