Isnin, 2 Februari 2015

MB Kelantan boleh 'murka' dengan berita ini?

Kenapa dan mengapa perlu murka? Apakah perbalahan dengan Guan Eng (DAP) serta sikit-sikit dulu ada semacam kepanasan jawatan MB Kelantan antara MB sekarang dengan Husam ..?

Amik yang positif, letak tepi yang negative ..

Tapi kalau terus menerus bebalah ... tunggu kejatuhan PAS Kelantan ..

Penubuhan Gabungan Impian Kelantan, yang dianggotai pemimpin Pas, DAP dan pelbagai pihak lagi tidak berhasrat mencabar kredibiliti Kerajaan Kelantan dalam membantu rakyat ditimpa musibah banjir terburuk baru-baru ini.

Pengerusi sementara gabungan itu, Datuk Husam Musa berkata, komitmen badan bukan kerajaan (NGO) tersebut yang dianggotai kira-kira 39 NGO dan orang perseorangan itu adalah untuk menyahut naluri kemanusiaan tanpa mengira batas politik.

“Kita bukan bersaing dengan kerajaan negeri, tidak berniat untuk berlumba dengan kerajaan negeri tetapi kita hadir (penubuhan gabungan) adalah untuk mengisi ruang kosong dan mencetus sesuatu yang baharu untuk menjadi ikutan.

“Saya ingin menjelaskan supaya tidak berlaku salah faham. Kita berada di sini hanya untuk membantu, kebetulan untuk menolong kerajaan kita sendiri, yang mana gabungan akan menampung apa yang kurang dan menguatkan apa yang kuat (menyokong usaha kerajaan negeri),” katanya pada Majlis Pelancaran Gabungan Impian Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini, malam kelmarin.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; jurucakap Gabungan Impian Kelantan, Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menjadi pengantara bagi gabungan tersebut untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai penubuhannya.

Bagaimana pun pada majlis yang dihadiri lebih 200 orang itu, tidak disertai oleh Exco Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, penubuhan dan matlamat gabungan tersebut sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan pimpinan negeri pada Selasa lalu.

Adun Salor itu berkata, segala bantuan yang dihulurkan bukan berhasrat untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti tetapi demi membantu golongan terkesan dengan banjir.

Husam pada sidang medianya memberitahu, gerak kerja gabungan tersebut tidak perlu dilaporkan kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan NGO dan penubuhannya juga adalah secara sah.

Husam menjelaskan, aktiviti yang dijalankan termasuk pembinaan rumah, membaiki kediaman dan juga mewujudkan perkampungan baharu tidak bertindan dengan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri mahupun pusat.

Katanya, gabungan itu juga bersedia untuk menerima pelbagai jenis bantuan termasuk peralatan dan bahan untuk membina rumah walaupun ia didermakan oleh MCA.

Beliau berkata, orang ramai boleh menderma, simen, gergaji, paku dan pelbagai barangan lain dan juga boleh meletakkan pelbagai barangan di stor wakaf yang dibina di Laloh (Daratan Hijau).

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

org nak tolong pun nak jadi isu. kalau sendiri tak buat jgn kalut lah kalau org lain buat.

kata tak boleh tolong sbb rumah sendiri naik air. tp bila najib dtg boleh pula tinggalkan rumah pi sambut. harap tunggu je lah sedekah rm500juta dr najib tu.

selama ini tgna jaga Kelantan. knp terjadi gondolan lojing? tgna tak tau ke?