Difahamkan, si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila dua beradik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.
Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima maklumat berhubung kegiatan itu.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abd Mutalib berkata, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP bergegas ke hotel itu sejurus menerima maklumat dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan pintu bilik tertutup dan berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan dalam bilik itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan dua remaja perempuan berada dalam bilik itu juga dengan berpakaian lengkap.
“Mereka memberi alasan hanya bermalam dengan menyewa bilik berkenaan disebabkan sudah lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Bagaimanapun, tindakan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan sah atau mahram boleh mengundang maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, si abang yang bekerja di sebuah syarikat pelupusan sampah sepatutnya menjaga adik lelakinya dengan baik, manakala si kakak pula sepatutnya memberi contoh kepada adik perempuannya yang sudah tidak bersekolah supaya menjaga maruah masing-masing.
Berikutan itu, menurutnya, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk laporan tangkapan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan