Isnin, 2 Februari 2015

Anugerah 'Datuk' tu sepatutnya bagi pada Afdlin Shauki bukan Jackie Chan .. faham tak Ku Nan ..?

Artis terkenal Afdlin Shauki hari ini menyatakan rasa terganggunya dengan pemberian gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan.

Sambil menegaskan sukakan Chan, Afdlin bagaimanapun berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“...apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Menulis di Facebook, Afdlin berkata, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah... Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.


* hahahhaa .. aku pun sokong apa yang Afdlin cakap .. ni tak .. bagi pada Jackie Chan, Shah Rukh Khan .. entah apa apa benda entah ... lantak korang lah .. korang punya kuasa ... pui ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

MAT MONGGOL berkata...

lebih wajar bagi datuk pada MAT SENTUL.

dia byk buat filem dgn pelakun jemputan hollywood dan perkenal malaysia secara tak langsung.

idea filem mat sentul tiada bandingan dan tiada dapat dikritik kerana ideanya memang kebal kritik kerana jika dikritik maka bodohlah pengkritik itu.

mat sentul seniman agung yg creative.

jikalah beliau masih aktif zaman ini sudah tentu filem terbarunya ialah MAT MONGGOL