Rabu, 25 Februari 2015

Khairy bodoh. Walaupun belajar di Universiti Oxford - Ibrahim Ali

“Sebab itu saya anggap Khairy bodoh. Walaupun belajar di Universiti Oxford, tapi tidak semestinya lulusan Oxford ini cerdik.”

Ibrahim Ali yang bersedia mempertimbangkan bertanding di kerusi Chempaka di bawah payung BN juga menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang baru-baru ini mencabarnya untuk bertanding secara bebas sebagai satu tindakan yang kurang cerdik.

SHAH ALAM : Pendekatan UMNO menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Chempaka di Kelantan yang sehingga kini belum memutuskan apa-apa kecuali beberapa cadangan untuk tidak bertanding sebagai menghormati Tok Guru Nik Aziz, kurang disenangi Presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Bukan setakat itu, beliau juga bersedia menyahut seruan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di PRK DUN Chempaka dengan syarat atas kapasiti Barisan Nasional.

“Saya hanya boleh bertanding menggunakan tiket BN kerana saya sendiri tidak ada parti.”

“Bukankah Khairy tidak tahu bukan mudah untuk seorang calon bebas bertanding?” soalnya.

Ibrahim Ali yang bersedia mempertimbangkan jika diberi peluang bertanding di bawah payung BN juga menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu baru-baru mencabarnya untuk bertanding sebagai satu tindakan yang kurang cerdik.

“Sebab itu saya anggap Khairy bodoh. Walaupun belajar di Universiti Oxford, tapi tidak semestinya lulusan Oxford ini cerdik.”

“Ini yang masalahnya orang benci kepada UMNO, tidak boleh ditegur atau diberi pandangan,” katanya.

Ibrahim Ali yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa UMNO seharusnya bertanding di kawasan itu khususnya menggunakan pengaruh parti itu sewaktu banjir baru-baru ini.

Sebelum ini ada pendapat yang mengatakan BN sukar menang di Kelantan kerana adanya Nik Aziz,

Tetapi, kini beliau berpendapat jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh UMNO semasa banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini boleh dijadikan modal parti itu untuk memenangi kubu kuat milik PAS itu.


* kah kah kah kah .. katak ni nak melompat pula guna logo BN. katak tak sedar diri, maruah tepi longkang .. ada hati. parti yang layak untuk kamu adalah parti katak seluruh Malaysia. Tapi kita bagi peluang katak ni nak tunjuk 'jantan'. Biar dia bertanding ..

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

dua2 bodoh

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim tak ada budi bahasa, nk minta org punya tp ckp mcm tu, sape yg nk bg