Khamis, 26 Februari 2015

Sebab tu kau tak layak jadi raja .. hahahhaha

Raja mesti adil dan saksama, takut pada pencipta kerana besar mana sekalipun raja itu, ianya dijadikan dari tanah oleh Allah SWT. Seseorang raja mesti mempunyai iman dan taqwa yang tinggi supaya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat.

"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

Ini cerita tentang seorang rakyat yang mengatakan jika dia menjadi raja, dia tidak akan mengampunkan Anwar. Sebab tu kau tak layak jadi raja. hahahaha sebab kau bertindak atas apa? Emosi semata-mata.. korang baca lagi apa tuduhan tanpa fakta oleh mamat ni tentang Anwar ..

Kalau saya Raja, tolak ampun Anwar



Yang di-Pertuan Agong tidak perlu layan orang macam Anwar Ibrahim


ramesh_rao_300

Petaling Jaya: “Kalau saya Raja, saya tolak ampun Anwar,” kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mengulas tentang permohonan anggota keluarga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan petisyen permohonan pengampunan Diraja Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung kes Liwat II.

Beliau juga mendakwa Anwar seorang yang boleh mengugat kedudukan Raja-Raja Melayu, mempertikaikan perlembagaan negara dan mempersoalkan kedaulatan negara tidak layak mendapatkan pengampunan dari YDPA.

Katanya, Anwar tidak layak kerana pernah mempersoalkan kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu seperti isu di Selangor.

“Kedua, apabila DAP pertikai kuasa Raja-Raja Melayu, Anwar tidak pula mempertahankan Raja-Raja Melayu.

“Malahan Anwar bersetuju menukarkan bendera Malaysia dan lagu Negaraku,” katanya kepada FMT dalam satu sidang media di Industrial Park.

Tambahnya, Anwar juga bukan seorang yang patriotik kerana pernah mengeluarkan kenyataan dipaksa menyanyikan lagu Negaraku.

“Anwar sebagai bekas timbalan PM menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Tidak perlu YDPA melayan orang macam ini,” tegasnya.

Anggota keluarga Anwar semalam muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang untuk mengemukakan petisyen permohonan pengampunan Diraja.

Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara tersebut.


Mungkin macai-macai terkeliru, proses pengampunan bukan beerti meminta ampun tapi satu proses terakhir dari pembebesan. Saudara Anwar dan ramai yakin Anwar tidak bersalah. jadi hak dia untuk mendapat kebebasan mengikut undang-undang dunia.

Jika tidak berjaya, itu belum tentu titik terakhir untuk semua menghukum Anwar liwat Saiful kerana di sana nanti ada satu lagi mahkamah yang tersangatlah adil dan saksama.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

sizzly7761 berkata...

Apasal tak boleh jadi raja?.. Dia berhak untuk jadi raja dengan syarat.....tukar nama jadi Raja linggam, Raja manickam, Raja kumaran... atau Rajanikant! Atau Raja Kalinga!

Unknown berkata...

Sesetengah orang yang amat terhina dan terkutuk sanggup membuat perkara2 yang amat memalukan tanpa segan silu. Mereka ini yang dipanggil sebagai parasit dan barah masyarakat ini sanggup melakukan apa apa sahaja untuk menjilat bontot mereka2 untuk mendapatkan secebis habuan.
Bangsat2 ini sebenarnya tiada sesiapapun mahu mendekatinya dan cuba menojolkan diri sebagai penyokong sesuatu orang atau kumpulan dengan melantik diri sendiri menjadi ketua kumpulan pengampu ungut mendapatkan perhatian. Parasit ini amat berbahaya dari penganas2 yang diketahui dan barah kanser. Masyarakat perlu meludah dan menghapuskan parasit2 busuk ini dari malaysia. Parasit pengampu dan penjilat yang tak ada maruah dan harga diri.