Rabu, 25 Februari 2015

Idris Jusoh buat lawak bodoh ke .?

Hahahha bodoh dan terus mememperbodoh, siapa yang berpolitik isu ranking universiti? Kamu atau pembangkang...? Kenapa la suka sangat sindrom penafian ..

OK... bagus sangat .. ranking antara 200 - 400 tu kira bagus. Cerdik punya Menteri UMNO.

Jumlah pelajar asing yang belajar di Malaysia pun dikira ramai ... sebab kualiti ke sebab murah ...?

Hai hai hai ... takpe, teruskan dengan sindrom penafian...


SHAH ALAM 24 Feb. - Pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan ranking universiti di negara ini berikutan sudah terbukti kedudukan institusi pengajian
tinggi (IPT) tempatan mampu mencatat kedudukan memberangsangkan sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

Idris Jusoh

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kedudukan baik yang dicapai oleh beberapa universiti membuktikan kualiti bidang pengajian tinggi
tempatan semakin meningkat namun pencapaian tersebut tidak seharusnya dianggap tiket untuk terus berasa selesa.

Menurutnya, bagi memantapkan prestasi pendidikan, kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mampu melonjakkan dan memantapkan
bidang pengajian tinggi di negara ini.

“Baru-baru ini, saya ada keluarkan kenyataan mengenai tahap pendidikan kita telah sampai ke peringkat yang membanggakan namun tidak mengatakan kita selesa
dan tidak ingin berubah.

“Oleh itu, kerajaan telah merangka PPPM untuk meningkatkan prestasi pendidikan negara dan kita tidak boleh menafikan yang kita mempunyai universiti yang
bagus dalam dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku Destini di Penghujung Pelangi yang turut dihadiri penulis buku itu, Md. Taib Mat di
sini hari ini.

Sabtu lalu, Idris dalam kenyataannya berkata, terdapat lebih 135,000 pelajar asing sedang mengikuti pengajian di beberapa universiti tempatan yang meliputi
10 peratus daripada jumlah pelajar yang berada di IPT di negara ini.

Jelasnya dalam kenyataan tersebut, Malaysia kini menduduki tempat kesembilan daripada 30,000 universiti di seluruh dunia dan menjadi tarikan pelajar asing
untuk meneruskan pengajian berbanding Singapura, Korea Selatan serta Belanda.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Dr. Ong Kian Ming dalam sebuah portal berita pada Ahad lalu mempertikaikan kenyataan Idris itu dengan
menganggapnya sebagai dangkal.

Idris memberitahu, pencapaian beberapa universiti tempatan yang mencatatkan ranking antara 200 hingga 400 universiti terbaik dunia adalah berdasarkan fakta
sahih dan bukannya direka.

“Kita perlu ubah mentaliti dan terima fakta bahawa universiti di negara ini turut mendapat pengiktirafan daripada dunia.

“Universiti kita ke arah yang lebih baik dan kita janganlah menafikan kebaikan serta kebenaran. Ini kerana apa yang saya katakan itu bukan cakap kosong
sebaliknya berdasarkan fakta,” ujarnya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

tak tahulah orang mana yang hendak diperbodohkan. ranking 200 - 400 tu kira bagus sangat ke.