Khamis, 26 Februari 2015

Satu lagi gelombang kemewahan Rosmah bakal ditayang

Jadi, Shahbudin khuatir kemewahan yang mengaitkan harta peninggalan Tun Razak, bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.

PETALING JAYA: Sebaik berita mengenai majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa diuar-uarkan, para penulis seakan-akan sudah mendapat satu lagi menu untuk dikunyah.

Kini, kita hanya perlu menunggu satu lagi pusingan berita mengenai gelombang kemewahan Rosmah yang kini pasti sedang khusyuk dengan persediaan memeriahkan perkahwinan anaknya yang bakal bersuamikan warga Kazhakstan.

Penulis dan Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menerusi entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.com., menyatakan beliau melihat perkahwinan ini selain mendedahkan kemewahan kekayaan Rosmah, ia turut berpotensi menjadikan hubungan kekeluargaan di antara Najib dan adik-beradiknya juga retak.

Ini berikutan pengakuan Najib kepada New York Times bahawa kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam pelbagai media, sebahagiannya adalah merupakan harta pusaka bapanya yang terus mengundang penafian daripada keempat-empat adik Najib yang lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak tanggapan tersebut.

Shahbudin menyatakan keempat-empat adik Najib secara jelas menyatakan bahawa bapa mereka terkenal dengan sifat jimat-cermat dan intergeriti yang tinggi serta melahirkan rasa bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.

Malah istilah bermewah yang sering kali dijaja tidak pernah dikaitkan dengan Najib atau anak-anaknya tetapi hanya melibatkan Rosmah dan anaknya bersama suami terdahulu, Reza Aziz yang merupakan anak tiri Perdana Menteri.

Jadi, Shahbudin khuatir kemewahan yang mengaitkan harta peninggalan Tun Razak, bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.

Antara rujukan rekod bapa Najib yang dikongsi ialah dalam penulisan beliau ialah bagaimana Tun Razak pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan anak-anaknya menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan berjimat cermat dan tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan.

“Apa yang didedahkan melalui pelbagai kemewahan melibatkan Rosmah dan Reza ini secara tidak langsung mampu “membunuh” semua legasi baik Tun Razak dan berlawanan sekali dengan keperibadiannya yang sebenar yang memang menjadi pengetahuan umum selama ini,” katanya.

Menariknya, beliau juga menekankan anak-anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau dengan Rosmah, tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan memiliki hartanah yang mahal-mahal.

Maka, semua hipotesis ini akan dirancakkan lagi dengan majlis perkahwinan anak Rosmah yang menurut Shahbuddin dikaitkan dengan kehendak Rosmah berbanding dengan keinginan anaknya sendiri yang melangsungkan perkahwinan itu.

“Dan menjelang majlis perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah, pastilah sekali lagi isu perbelanjaan dan kemewahan akan berbangkit kembali. Di sana sini ketika ini sudah mula kedengaran sosek-sosek tentang jamuan, perhiasan, cenderahati kepada tetamu, pertukaran langsir, karpet, rombongan ke Kazakhstan dan sebagainya yang melibatkan majlis tersebut.”

Persoalan Shahbudin ialah apakah jika segala kemewahan dan perbelanjaan itu terdedah nanti, PMO sekali lagi mengaitkannya sebagai perbelanjaan peribadi Najib yang sebahagiannya datang daripada harta pusaka Tun Razak juga?

Dan persoalan ini kembali kepada keraguan akar umbi, iaitu jikalau ia akan memberi kesan kepada hubungan Najib dengan adik-beradiknya disebabkan elemen kemewahan yang tidak terkawal ini.

“Hakikatnya kebimbangan mengenai subjek Rosmah sudah semakin meluas ketika ini.”


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: