Selasa, 3 Februari 2015

Altantuya: Jangan tanya, jangan sebut, senyum kambing je boleh hehehehehe

Jangan disebut-sebut lagi. tutup buku dan cerita .. kita hanya boleh tersenyum sendirian dan terbayang-bayang episode penuh misteri pembunuhan Altantuya.

Haram sama sekali untuk berbual - bual dengan isteri walau dalam kelambu kenapa Altantuya dibunuh dan bagaimana persoalan-persoalan yang tak terjawab boleh berlaku ..

Jangan kau Tanya pasal motif. Biarlah ianya menjadi tanda Tanya yang tidak terungkap. Seperti kehilangan MH370. Altantuya juga termasuk dalam senarai penuh misteri di Malaysia.

Ingat, pergi kerja esok hanya boleh tersenyum senyum seorang diri. Senyum tu kan sedekah hahahhaha. Senyum dan sesekali berkerut dahi apa salahnya. Siapa tahu anda tengah berfikir, apa la bodoh tetiba tiada pokok tiada angin, Altantuya dibunuh..?

Tapi awas, jangan sampai anda disapa majikan .."kau sudah gila Mat ..?" penburukonline.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.

"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

hukum Allah lagi tinggi itu pun ada orang pertikai

Tanpa Nama berkata...

NAK TAMBAH SIKIT JANGAN TANYA DAN SEBUT KES ALTANTUYA DAN M370 BERDOSA.ADA LAGI SATU TUHAN MEREKA YANG DIIKUT.KEEEEEEEE

Tanpa Nama berkata...

Beginikah cara perundangan yg dikatakan adil? Boleh ikut suka nak mendakwa atau tidak mendakwa seseorang suspek, tertakluk kepada siapa suspek itu. Jika jerung pejam mata kasi lepas tidak perlu didakwa apatah lagi dibicara di mahkamah tapi jika bilis, tak kasi peluang langsung!

Catatan: Komen ini tentang sistem perundangan dan peguam negara, tiada kena mengena atau berniat untuk menghina mahkamah kanggaru itu.

Tanpa Nama berkata...

dah ditulis di atas tadi tu:
Jangan disebut-sebut lagi.
tutup buku dan cerita ..