Selasa, 27 Januari 2015

Punca Zamani kantoi dadah tersebar

Ingat lagi tak dengan satu status yang ditweet oleh komposer terkenal, Saari Amri waktu Zamani Slam ditangkap kerana dadah.. Alah yang dia cakap Datuk Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu..

Haa.. kecoh jugak la bila dia keluarkan kenyataan macam tu.., macam-macam spekulasi yang timbul.. Bila tanya Datuk Siti dan Zamani.., masing-masing nampak macam nak mengelak.. Akhirnya tuan punya badan yang post status tu dah tampil untuk menjelaskan segalanya..

Saari Amri menjelaskan dengan panjang lebar perkara yang telah buat kita semua tertanya-tanya..

“Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.”

“Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.”

“Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.”

“Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu,” katanya..

Hmm.. memang mereka ni pernah bercinta dan sedikit sebanyak kehadiran Datuk Siti dalam kehidupan Zamani mungkin memberi impak padanya.. Tapi takkan kita nak salahkan Datuk Siti 100%.. Ye dak? Orang lain pun pernah putus cinta.. Tapi masih lagi boleh teruskan hidup.. Itu semua bergantung pada diri kita sendiri.. Nak atau tidak je individu tu berubah ke jalan yang betul..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: