Selasa, 27 Januari 2015

Apa nak pelik kalau PR berkubur?

APA yang peliknya kalau Pakatan Rakyat akan terkubur gara-gara pemimpinnya tidak lagi sehaluan. Kalau Barisan Alternatif terkubur hanya dalam tempoh 2 tahun dan digantikan dengan nama pakatan rakyat pula dan sehingga kini masih bertahan selama enam tahun, entah apa pula nama akan diberi selepas ini jika ada lagi 'pakatan'?

Antara Anwar - Hadi - Kit Siang siapa yang paling bermasalah dalam pakatan? Cuba perhatikan perenggan berikut;

Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR.

Maka usaha pujuk memujuk untuk mengekalkan pakatan rakyat nampak macam suram. Kalau sudah lebih enam bulan tidak bersidang, banyak keputusan tidak sehaluan lagi.Kita tanya pada Hadi kenapa jadi macam ni ...?

The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi.

Anwar dengan masalah langkah Kajang

Kit Siang dengan penolakan hudud

Hadi ...?

Apa yang pelik kalau pakatan rakyat terkubur? Pelik itu tidak, tapi kecewa itu pasti.

Rakyat bawahan tidak mahu ada perpecahan dalam gabungan pakatan rakyat yang boleh mengimbangi UMNO-BN. Kerjasama itu menyebabkan UMNO tidak senang duduk. Malah rakyat terbanyak memilih pakatan dalam PRU 13.

Apalah daya kalau pemimpinnya masih bersikap sedemikian rupa.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: