Selasa, 27 Januari 2015

Kenapa pulak Najib kena 'sound' dengan Menteri Luar Kanada nih ...?

Ottawa mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa penguatkuasaan undang-undang dalam negara tidak patut bercanggah dengan prinsip demokratik.

Menteri Luar Kanada John Baird berkata kerajaan tidak patut menggunakan Akta Hasutan untuk mengetepikan kritikan terhadapnya.

“Ekoran kenyataan baru-baru ini bahawa Akta Hasutan akan diperkukuh dan bukan dimansuh, Kanada menggesa kerajaan Malaysia memastikan pelaksanaan undang-undang ini tidak bertentangan dengan prinsip demokratik dengan pendakwaan terhadap individu terpilih kerana menyuarakan pandangan kritikal terhadap kerajaan atau dasar-dasarnya,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Baird berkata kebebasan bersuara penting untuk demokrasi dan menjangkakan Malaysia akan maju ke depan dalam isu itu.

Menyentuh hubungan lama Kanada-Malaysia, beliau berkata Ottawa akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di sini demi “kebebasan, kemakmuran dan keselamatan”.

Sebelum ini, Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan duta negara itu di Malaysia Joseph Yun juga mengkritik Malaysia undang-undang kontroversi yang diamalkan negara ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: