Isnin, 12 Januari 2015

Mejar Zaidi - panas memang panas beb .. !

"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti."

Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.
Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

"Semua ini adalah kehendak penguasa politik. Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul - yang bercakap benar atau menipu?”

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman.

Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.

"Jangan sebut 'penguasa politik' kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik)," kata Saadon.

Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat "menyesal", "tidak mahu mengulangi kesalahan," dan "faktor-faktor luar" yang boleh dipertimbangkan.

Kedengaran seperti berang dengan peringatan itu, Zaidi yang bercakap dari kandang tertuduh mewakili dirinya sendiri meninggikan suara apabila menjawab peringatan Khuzairi ketika meneruskan hujahnya.

"Kamu pegawai, saya pun pegawai!

"Kamu dapati saya bersalah dan itu adalah sesuatu yang besar!"

Mahkamah tegang

Pada waktu ini Zaidi sekali lagi dipotong percakapannya oleh Saadon.

"Sebut secara bersopan. Dan jangan sampai saya dakwa kamu menghina mahkamah pula nanti," tegas Saadon.

Zaidi kemudian menjawab, "Saya sudah berkhidmat selama 26 tahun.

"Janganlah saya dianggap sebagai seorang kanak-kanak kecil.

"Sekarang saya tak perlu cakap apa-apa.

"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti," kata Zaidi.

Saadon kemudian menangguhkan mahkamah buat sementara waktu kerana "keadaan yang tegang" serta bagi memberi peluang kepada Zaidi untuk "membuat rayuan yang wajar".

Mahkamah yang bersambung pada jam 11 pagi kemudian ditangguhkan ke jam 2 petang hari ini.

-malaysiakini-

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ada bahalol yg mengatakan " di Malaysia adalah salah untuk bercakap benar"

Ini bukan soal kenyataan atau cakap itu salah atau benar .. soalnya tak ikut peraturan..apa guna kalau dah berkhidmat 26 tahun pun, tapi tak tahu aturcara saluran yg betul untuk membuat kenyataan..
Kalau solat pun tak ikut cara atau 'tertib' jadi salah atau batal juga.. bolrhkah solat tanpa takbir?? walaupun dari Fatihah sehingga Salam semuanya tpat dan betul..itulah perumpaman kes Major 'bangang ni ..lain kali kalau nak cakap tanpa perlu dengan peraturan, letak jawatan, balik kampung dan cakap lah apa saja yg kau suka selagi kubur belum terima ko masuk !!!

Cetak Baju Murah berkata...

Berani kerana benar...

Tanpa Nama berkata...

nk ckap benar kne mnta kbnaran dlu ke????