Isnin, 12 Januari 2015

Mahathir .. Jangan bagi malu Mukhriz!!

Kah kah kah kah kah ... Mukhriz apa citer Tun ..? Dia naik bukan kerana pengaruh Tun ..? Bila Mukhriz kalah dalam pemilihan dengan KJ siapa yang paling kuat melenting Tun ..? kah kah kah kah ...

Kalau Tun berjiwa besar, suruh Mukhriz letak jawatan serta merta dalam kerajaan dan parti. biar orang lain ganti. ... Mukhriz bukan legacy / dinasti ke Tun...kah kah kah kah ...

Hang dengan pemimpin UMNO yang lain dua kali lima saja .. kah kah kah .. semua sebab perut!

Amalan atau budaya 'dinasti' ditolak oleh parti terbesar kaum Melayu itu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, beliau menasihatkan Umno supaya menapis dan memilih pemimpin yang berminat untuk diletakkkan di tempat yang sesuai bagi memimpin parti itu.

"Dalam Umno tidak harus ada dinasti. Siapa sahaja yang layak dan cinta Umno berhak dilantik ke semua jawatan. Kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

"Mungkin semua ini tidak mudah dilakukan. Tetapi percubaan mesti dibuat," kata beliau dalam blognya.

Bagaimanapun negarawan tidak menyebut pemimpin yang dimaksudkan tetapi ia dilihat dimaksudkan kepada Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri pertahanan.

Sementara itu, dalam tulisannya yang sama, bekas presiden Umno juga menasihatkan supaya ahli Umno supaya menegur pemimpin yang cuba menukar perjuangan parti itu membela orang Melayu.

Tegasnya yang juga bekas menteri kewangan, ahli Umno perlu bijak membezakan antara pendekatan bagi menjayakan perjuangan parti dengan pendekatan yang akan mengubah perjuangan Umno.

"Semua ini mesti difahami oleh bakal ahli dan pemimpin Umno. Jika mereka tidak tahu dan tidak faham, jika mereka anggap Umno sebagai batu loncatan untuk kekayaan dan kuasa, adalah lebih baik jika berada di luar Umno.

"Suarakanlah pendapat mereka di dalam negara yang bebas dan demokratik ini," katanya lagi.

Bagi menerima dan menolak kemasukan ahli baru yang berbakat, Dr Mahathir menggesa satu pasukan yang dianggotai individu yang bersimpati dengan perjuangan Umno diberi tugas untuk menapis keahliannya.

"Setelah ditapis mereka mestilah diterima oleh Umno dan diletak di tempat yang sesuai, tempat di mana mereka tinggal atau yang ada kaitan.

“Layanan terhadap mereka oleh cawangan dan bahagian mestilah dipantau oleh badan khas," katanya.

*ringkasnya, begitulah UMNO dulu kini dan selamanya. mampus tak berubah ..!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: