Isnin, 12 Januari 2015

JAWI akan siasat konsert K-POP

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perbuatan sumbang dalam konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, JAKIM turut difahamkan pihak Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan memanggil pihak penganjur dan pihaknya sedia bekerjasama.

"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku.

"Konsert ini adalah sama sekali tidak dirujuk kepada JAKIM malah jabatan ini juga tidak dimaklumkan akan penganjuran program itu.




"Saya menyeru agar mana-mana penganjur dan mereka yang terbabit meluluskan, mengambil tanggungjawab serius mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dalam penganjuran sesuatu aktiviti sebelum menganjurkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: