Berikut adalah isi kandungan kenyataan yang dikeluarkan melalui status Facebook:
Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.
Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.
1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.
2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.
3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.
4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.
5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.
Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.
Kenyataan asal boleh didapati di pautan ini : https://www.facebook.com/tgmeventsglobal?fref=ts
* habis siapa yang bersalah? si gadis bertudung yang merelakan ..? ish ish ish .. memang dasar berlendir...!
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
pihak berkenaan tolong ambik tindakan pada penganjur dan gadis2 murahan yang telah menghina agama ni......
kesian emak bapak budak-budak tu kalau sudah diajar akhlak yang baik ... kalau belum atau tidak diajar, kesian pada datuk dan nenek budak-budak tu yang tak ajar emah dan bapak mereka itu ...... kesian juga pada ustaz dan ustazah yang mengajar mereka disekolah dulu ...asyik ajar bab ibadat sahaja hingga lupa nak ajar bab akhlak ......!!!!
Catat Ulasan