Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.
Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:
• Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.
• Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.
• Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".
• Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.
• Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.
• Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.
Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Perbicaraan untuk orang2 gila saja.
Zamani, salaam, izinkan saya tambah, juga untuk orang yg kurang cerdik. Namun kesannya insya'Allah kehari aqirot, Itu pun kalau puak2 ni beriman dgn Allah dan hari pembalasan. Iaitu dimahkahmah RobbulJalil. Mungkin, bukan Saadon & geng saja kena jawab, ttpi yg nak terkencing di sebalik tabir juga. Isunya mudah aje, mejar kita ni berhak mengundi sprti semua rakyat dewasa, dia berhak juga membantah kelencongan seperti rakyat yg lain juga. Yg TUDM sebok2, fasal apa ? Tak cukup malu ke, bawa orang2 bermain golf la, shopping la, mesyuarat umno la (padahal kamu diwujud untuk pertahanan negara), lambat radar dia nak cerap mh370 la, injin hilang la...
Catat Ulasan