Selasa, 27 Januari 2015

CEO 1MDB hilangkan diri?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy yang telah seminggu mendiamkan diri selepas menawarkan diri untuk bersemuka dengannya.

Beliau berkata, tindakan mendiamkan diri Arul kini menimbulkan syak wasangka walhal beliau sendiri sebelum ini mendakwa ‘penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik’ dan dapat ‘mengukuhkan syarikat dan urusan pentadbirannya’.

“Malangnya sejak kenyataan saya pada 17 Januari lalu yang menyambut tawaran Arul untuk berdialog dan mencabar beliau memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak ada sebarang jawapan diterima dari dirinya atau 1MDB.

“Oleh itu saya ingin bertanya, bilakah 1MDB akan memberi keterangan kepada PAC? Atau adakah CEO baru 1MDB telah membuat keputusan bahawa ‘penelitian awam mengenai 1MDB bukan lagi satu perkara yang baik’?” soalnya.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dua hari lalu menyatakan, walaupun pihaknya tidak akan memanggil 1MDB untuk audit penuh namun Arul dialu-alukan bagi memberi penjelasan sukarela dihadapan PAC.

Pada 16 Januari, Arul dalam satu kenyataannya menyatakan beliau bersedia untuk berdialog dengan Tony untuk menjelaskan mengenai skandal penyelewengan syarikatnya.

Bekas Ketua Bank Abu Dhabi turut menggesa pengkritik 1MDB agar memberikan kritikan lebih bermaklumat sebelum sebelum serangan dilemparkan kepada syarikatnya.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP sebelum ini menegaskan beliau bersedia untuk menerima tawaran berdialog tapi menambah bahawa lebih baik lagi jika Arul memberi keterangan kepada PAC.

1MDB telah menjadi perhatian ramai berikutan hutangnya melambung tinggi dan urusan pelaburan meragukan termasuk misteri dana berjumlah RM8.24 bilion di Kepulauan Cayman yang kononnya sudah ditebus seperti didakwa Arul Kandasamy.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

SEKARANG NI SEMUA HINDU PARIA DIJADIKAN BAHAN OLEH PUAK UMNO NI UNTUK MEMUTAR BELITKAN KERJA KERJA SONGLAP MEREKA.TENGUK LAH PADA JAWATAN KERAJAAN PUN TELAH DILANTIK BANYAK HINDU DISURUH PUTAR BELIT BERKAITAN DENGAN GST LAH TRASFORMASI LAH SAPU KASI LAH DAN BANYAK LAGI NAJIB MAHYUDIN BASI AKAN DIKELUARKAN UNTUK MENINDAS RAKYAT. JADI PARA PERJUANG YANG BERANI BERCAKAP SUDAH BERITAHU PUN SUDAH HARI INI BUAT DEMOTRASI GST ESUK NYE DENGAN SOMBONG DAN BONGKAK BINATANG YANG BERNAMA NAJIB INI TERUS SURUH PARLIMENT ENDOSE GST.KENA LEBIH LAGI KENA BUAT DARI DEMOTRASI

CDM Rev berkata...

Barrangkali CEO baru ni diarahkan tutup mulut dan tidak melayan cabaran Tony Phua & Rafizi. Bukan apa..takut banyak bersuara, akan terdedah sedikit sebanyak...