Rabu, 28 Januari 2015

Pengodam web MAS juga godam facebook?

Facebook menafikan bahawa laman sosialnya digodam selepas pengguna di seluruh dunia berdepan kesukaran untuk mengakses laman Instagram dan laman sosial tersebut pada petang Selasa, menurut laporan BBC.

Laporan itu memetik seorang jurucakap sebagai berkata bahawa masalah tersebut berpunca daripada jurutera dan ia bukanlah hasil serangan pihak ketiga.

"Pada awal petang ini, ramai orang mempunyai masalah mengakses Facebook dan Instagram," jurucakap tersebut memberitahu BBC pada Selasa.

"Ini bukan hasil serangan pihak ketiga sebaliknya ia berlaku selepas kami memperkenalkan perubahan yang menjejaskan sistem konfigurasi kami.







"Kami bertindak dengan cepat untuk memperbaiki masalah tersebut, dan kedua-dua perkhidmatan kembali pulih 100 peratus untuk semua orang."

Lizard Sguad, kumpulan penggodam yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini menyatakan bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk gangguan Facebook dan Instagram pada Selasa di seluruh dunia.

Pada petang Selasa, pengguna Internet menggunakan Twitter untuk mengadu tentang gangguan di Facebook dan Instagram selepas mereka tidak dapat mengakses kedua-dua laman web tersebut.

Pada pukul 3.10 petang, Facebook kembali berada dalam talian manakala Instagram boleh diakses pada pukul 3.20 petang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: