Selasa, 27 Januari 2015

Zamani tak sengaja ...

Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim mengaku meninggikan suara terhadap jurugambar sewaktu ditahan polis sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak disengajakan kerana berada bawah pengaruh dadah ketika itu dan terkejut dengan kehadiran ramai wartawan, lapor sisipan HIP, Berita Harian.

“Saya mengaku memang ada meninggikan suara kepada mereka. Saya memohon maaf sangat-sangat kerana ketika itu saya berada dalam keadaan tertekan.

“Maklumlah, kesan pengambilan dadah belum habis, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari, tanpa saya sedari saya tidak dapat mengawal kemarahan dan tertinggi suara kepada media itu.

“Kepada media berkenaan saya memohon maaf,” Zamani dilapor sebagai berkata.

Namun, laporan itu juga menyebut, ketika kunjungan wartawan ke kediamannya baru-baru ini, Zamani dan keluarganya melayan media dengan baik serta menghormati kerjaya wartawan.

“Sesuatu yang membuat penulis mengagumi penyanyi ini, biarpun menyedari dirinya bersalah dan mungkin bakal berdepan hukuman yang berat, beliau tidak cuba melarikan diri daripada media,” tulis wartawan terbabit.

Dalam pertemuan tersebut, Zamani turut meluahkan kekesalan kerana mengkhianati hati dan perasaan keluarga serta peminat yang menaruh kepercayaan kepadanya selama ini.

“Kekesalan itu pula bukan dibuat-buat, sebaliknya memang sudah lama beliau berhasrat untuk berubah.

“Malah sudah dua kali artis lelaki ini menjalani pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) namun status sebagai selebriti membuatkan langkah untuk meneruskan pemulihan terhenti,” tulis wartawan itu.

Sebelum ini penyanyi yang mencipta nama dengan lagu Gerimis Mengundang era 1990-an ditahan polis bersama teman wanitanya kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: