Ahad, 21 Disember 2014

Najib bangga dengan ..

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir
Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam ini.
   
"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.
   
"Insya-ALLAH akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.
   
Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional
Bukit Jalil.
   
Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih
pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.
   
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh
itu. - Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

NI NAK LARI DARIPADA CERTA 1 MDB