Jumaat, 19 Disember 2014

Skandal suami dengan minah Indon

Ampang: Seorang wanita pecah mulut dan lebam di badan akibat dibelasah suami selepas mangsa bertanyakan hubungan sulit suspek dengan seorang wanita Indonesia.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun itu mengesyaki suaminya menjalin cinta lain sebelum meminta penjelasan suspek di rumah
mereka di Pandan Indah di sini.

Sumber polis berkata, suspek mulanya enggan mengaku, namun berlaku pertengkaran antara mereka akibat didesak.

“Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek menumbuk muka isterinya bertubi-tubi.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut membelasah isterinya selama beberapa minit sebelum keluar dari kediaman mereka,” katanya.

Mangsa yang cedera kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

page Air Mata Buaya