Ahad, 21 Disember 2014

Selangor 'berdegil' ternak babi

PUCHONG - Kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek penternakan khinzir moden di Kuala Langat biarpun banyak pihak tidak bersetuju.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, bantahan adalah adat biasa dalam sesuatu pembangunan bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima
pandangan .

“Mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan. Tapi kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO sebelum sebarang
keputusan diambil,” katanya ketika sidang media pada Majlis Penyampaian Hak Milik
Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman Subang Permai, semalam.

Azmin menyifatkan isu berkenaan bukan masalah besar kerana pelaksanaannya menggunakan teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran di situ.

“Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita hormati pandangan rakyat.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan
ternakan babi bagi kepentingan rakyat dan faktir kebersihan,” katanya.

Sebelum ini, projek penternakan khinzir itu mendapat tentangan pelbagai pihak, penduduk Melayu dan Perkasa.

Difahamkan projek penternakan khinzir moden memasuki fasa baharu apabila ia dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan negeri akan meneruskan dasar mengutamakan pembayaran premium tanah terhadap pemaju sebelum melaksanakan sebarang
projek pembangunan.

Dasar itu bertujuan mengelak pembeli terbeban sekiranya projek terbengkalai.

“Pemaju atau tuan tanah tidak dibenar memulakan kerja sehingga mereka selesaikan hal-hal tanah terlebih dahulu.

“Ia termasuk menjelaskan bayaran premium tukar syarat tanah serta lain-lain bayaran, termasuk caruman kubur dan parit bagi mengelak pembeli hadapi masalah
dapatkan hak milik bla projek terbengkalai.

“Kegagalan pemaju atau pemilik membayar premium menyebabkan bangunan tidak mendapat hak sah,” katanya.

Dengan pengeluaran hak milik individu di Lestari Perdana beliau berkata, penantian 10 tahun disebabkan kegagalan pemaju menjelaskan bayaran premium mengikut
ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Surat hak milik wajib dimiliki bagi urusan urusan jual beli, pindah milik akibat kematian ataupun gadaian kepada institusi kewangan mengikut peruntukan
Kanun Tanah Negara,” katanya.

Menurutnya, hak milik di Lestari Perdana  diselesaikan secara berperingkat bermula 2008 melibatkan pembeli rumah teres di Zon 6, 7 dan 9.

Seramai 215 orang pembeli daripada 334 orang telah memperoleh hak milik individu , manakala 119  lagi  masih belum mengemukakan permohonan untuk proses.


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

amier berkata...

kalau cina ngan india bantah gerenti geng pkr sokong dan beri bermacam sebab untuk mewajarkan bantahan tapi bila melayu bantah, geng pkr akan beri bermacam alasan untuk mewajarkan sokongan.