Ahad, 7 Disember 2014

Korang nak isteri macam ni?

"abang ni balik jee keje tak nak langsung tolong saya siapkan kerja umah. Baca surat kabo, ngadap tv, tu je laa yg awak tau. Kita kan sama2 kerja bang. Saya pon penat mcm abang jugak. Sekurang-kuranngnya buatlah air untuk minum sendiri, tu pon susah ke? tukarkan lampin anak ke, ringan sikt kerje saya nih. Nak masak lagik, abang jugak yg nak makan nnti...pot..pet...pot...pet..." leter Milah kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing2.

Kalaulah Milah tau, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatan itu. Lebih2 lagi sekiranya Milah menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tak akan merasa susah mahupon penat dlm melaksanakan tanggungjawabnya sbg seorg isteri & ibu...

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami @ dlm kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi lumrahbagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yg lebih mendukacitakan, apabila ada kalangan isteri yg menyifatkan menjaga peribadinya dng bersikap sopan terhadap suami sbg ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yg tidak baik kpd anak2 yg mungkin diwarisi dari 1 generasi ke 1 generasi lain sehingga akhirnya menjadi 1 budaya yg negatif.

banyak nas al-quran, terutamanya hadis nabi yg membicangkan tentang kewajipan para isteri mantaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasullullah S.A.W brmaksud...'jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorg supaya sujud kepada seseorg yg lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sbg pemimpin rumah tangga.

demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dgn neraka & penghuninya yg kebanyakannya terdiridrpd kaum wanita.

Ali KarramallahuWajhah berkata : " Aku masuk ke rumah Nabi beserta fatihah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedu", aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yg membuat anda menangis?"

baginda menjawab.." Ya Ali, pada malam aku di angkat ke langit, aku melihat kaum perempuan drpd umatku disiksa di neraka dgn bermacam2 seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yg aku lihat".

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yg digantungkan dgn lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dlm tengkoroknya kerana ia telah menyakiti & menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yg tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yg diminta seperti brg kemas, perabot rumah & TV LCD yg menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dgn jiran tetangga yg mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabel sbg suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meinta sesuatu drpd suami tetapi jgnlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda.." Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorg isteri yg tidak bersyukur kepada suaminya".

Hal ini biasa terjadi kpd suami yg miskin, manakala isterinya pula tergolong dlm org2 berada, yg suka mengungkit2 mengenai hartanya, apatah lagi yg telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar utk dipenuhiapatah lagi bagi isteri yg bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan & lancar, jika kita menganggapnya sbg ibadah & juga 1 jihad.

Marilah kita sama2 merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Fatimah Az-Zahra yg melaksanakan rutin hariannya sbg seorg surirumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah S.A.W & meminta jasa baik baginda utk menyerahkan seorg wnita tawanan perang sbg pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita2 itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum muslimin seluruhnya...

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yg bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yg sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorg isteri yg tertekan akibat tugas2 yg perlu dilaksanakannya.

Pada sebelah mlmnya, baginda telah mengunjungi rumah Ftimah & menyatakan kepadanya:
"Apakah kemu berdua (Fatimah & Ali) suka kepada 1 pemberian yg akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik drpd apa yg kamu minta pada siang hari tadi ?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah & Allahu akbar 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

semenjak itu, wirid yg diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak & menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dlm menghadapi apa jua kerja2 sehariannya yg berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yg disempurnakannya sbg seorg surirumah merupakan 1 amalan yg solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat manapun tugasan yg menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dgn suami, walau setinggi manapun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama2 maklum, dlm zaman moden yg mencabar ini terutamanya di bandar2 besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yg tinggi sekaligus memerlukan kedua2 suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara hidup keluarga yg sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama2 meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda pada ertinya : " Orang2 yg terbaik daripada kamu sekalian adalah yg lebih baik dalam mempergauli keluarganya & saya adalah yg terbaik dalam mempergauli keluargaku".

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumahtangga, marilah kita sama2 belajar saling tolong menolong meringankan beban pasanag kita.

semoga kisah yg saya bawakan tadi memberi manfaat kepada kita semua...insya'allah...

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOsiol MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT ISTERI suka meleteri suami & TABIAT SUAMI yg suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata, haruslah dihentikandemi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

RENUNG-RENUNGKAN..


{baca lagi klik butang papar ... }



more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




LAGI MENARIK ...



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Cerita melayu dalam TV telah mengajar isteri bersikap kurang ajar kepada suami dan ustazah2 televisyen tidak membantu supaya isteri2 hormat kepada suami.

Tanpa Nama berkata...

Suami menanggung istri baru boleh buat demand.Tugas isteri cuma melayan suami bukan bekerja bayar bill rumah,hutang kereta,hutang rumah menjaga anak dll.

Kalau dah kongsi kerja dan tanggung jawap jangan banyak demand.

Jangan demand banyak lihat saja Saidina Umar di leter oleh isteri.Adakah anda lebih hebat dari Umar
Isteri pelayan suami bukan hamba tebusan

Tanpa Nama berkata...

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang kemari?"

Lalu si suami tadi menjawab, "Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku."

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri."

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam

JR berkata...

Salah suami juga jika dia menjadi punca isteri meleterinya. Mengapa perlu beri pisau kepada isteri untuk menikam kita? Seeloknya suami menggunakan pisau itu untuk tolong menghiris bawang di dapur, memotong sayur dan lain-lain dan bukan membiarkan isteri menggunakannya untuk menikam kita...

Sekadar pandangan..

Tanpa Nama berkata...

Penulisan yg bias. Takkan x boleh isteri berleter sedangkan isteri saidina omar pulak berleter kat beliau.

bila isteri tak puas hati atau komplen hal kecik2 tu, di sinilah kebijaksanaan suami nk tanggani keadaan. Kdg2 bukan isteri nk suruh suami tlg sgt pun cukuplah sekadar ambik hati. Isteri dah penat kerja nk bantu suami balik kerja sama2 penat.

tulisan mcm ni adalah pemikiran ustaz zaman 80an sbb terlalu bias dan tak mengikuti perkembangan semasa!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak ikut nabi ke nak ikut sahabat?
Pernah ada hadis bab nabi kena leter dgn isteri pastu nabi diam?
Bias kepala hotak hang

Tanpa Nama berkata...

Isteri2 nabi x berleter pasal baginda sering membantu isteri2nya dan menghiburkan mereka. Wahai en. Tanpa Nama 9:13 PTG, walaupun takde hadis bab nabi kena leter dgn isteri pastu nabi diam tapi xde juga hadis menyatakan Baginda memarahi atau menjawab leteran isteri2 Baginda.