Persoalan itu timbul memandangkan dalam operasi yang dijalankan hanya pendatang tanpa izin (PATI) atau pekerja yang ditangkap sedangkan tiada majikan atau ‘tauke’ yang ditahan.
Dalam kes mesin judi haram, setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sudah melakukan lebih 10,000 serbuan tetapi malangnya hanya peralatan yang dirampas dan beberapa pengunjung ditahan.
Soalnya di mana ‘taiko’ yang menjadi dalang utama kegiatan jenayah itu? Tiada tangkapan yang dilakukan ke atas ‘taiko-taiko’ tersebut mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.
Ia juga dikatakan akan memberi ruang kepada sindiket untuk beroperasi semula apabila suasana kembali reda, apatah lagi jika terdapat mana-mana anggota agensi penguat kuasa sedia bekerjasama dengan sindiket bagi menyalurkan maklumat berhubung operasi yang dijalankan.
Selain kegagagalan menahan ‘jerung-jerung’, ramai yang mempersoalkan kenapakah tiada tindakan tegas diambil oleh pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap ketua polis daerah atau ketua polis balai yang kawasan mereka disahkan mempunyai premis perjudian.
Sepatutnya lagi banyak serbuan dan tangkapan, ia menunjukkan mereka gagal menjalankan tugas bagi membanteras perbuatan tersebut sebelum ini.
Statistik serbuan oleh PDRM menunjukkan ada sesuatu tidak kena apabila di sesuatu kawasan atau daerah itu mempunyai premis perjudian haram yang banyak seolah-olah tiada tindakan diambil sehinggalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan.
Oleh itu, bagi memastikan integriti PDRM tidak terjejas, ramai berpendapat pengurusan PDRM sepatutnya mengambil tindakan tegas kepada ketua polis daerah dan ketua polis balai yang gagal memastikan kawasan mereka bersih daripada perjudian haram.
Dalam kes penerokaan tanah secara haram di Lojing dan Cameron Highlands pula, ia turut menyaksikan bagaimana tiada ‘tauke’ atau pengusaha yang ditahan, sebaliknya hanya pekerja yang terdiri daripada PATI atau warga asing yang ditangkap.
Ini mewujudkan persoalan kenapakah pengusaha kebun haram itu tidak dapat dikesan dan ditangkap memandangkan perbuatan mereka bukannya dilakukan secara tersembunyi sebaliknya di kawasan terbuka.
Malah struktur pembinaan di kebun haram tersebut juga menunjukkan ia sudah beroperasi bertahun-tahun tetapi malangnya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa dan apabila operasi dijalankan ‘tauke’ pula gagal dikesan.
Berikutan itu, adalah wajar jika pihak berkuasa memberikan tumpuan untuk memberkas pengusaha atau pemilik dalam kes mesin judi haram dan penerokaan tanah secara haram. Ini memandangkan penangkapan ke atas pekerja atau PATI tidak akan banyak menyelesaikan gejala yang berlaku.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan