Harga beberapa ubat-ubatan dilapor telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 50 peratus pada tahun ini sahaja, dan berikutan penjual terpaksa mengubah harga sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan, menurut Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG).
Presidennya, Wong Sie Sing berkata, kenaikan 'biasa' harga ubat-ubatan adalah sekitar 5 peratus hingga 10 peratus, tetapi dengan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April, sebanyak 10 peratus hingga 40 peratus kenaikan dijangka berlaku bagi tahun depan.
Berikutan itu, MCPG yang mewakili lebih 2,000 farmasi dan mempunyai seramai 2,500 ahli farmasi, menggesa kerajaan supaya menubuhkan badan yang dapat mengawal kos perubatan.
"Jika tidak, harga ubat akan meningkat dengan cepat," kata Wong.
Kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang mekanisme dalam mengawal harga farmaseutikal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho berkata, kenaikan harga ubat-ubatan akan memaksa rakyat berhenti mengambil ubat untuk merawat penyakit masing-masing selepas ini.
MPS adalah persatuan untuk ahli farmasi di Malaysia, dengan kira-kira 4,000 ahli.
Ho berkata: "Kenaikan harga ubat boleh disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, peralatan, buruh dan pengangkutan serta pertukaran mata wang yang lemah.
"GST akan memburukkan lagi keadaan kerana hampir semua ubat-ubatan akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus," jelasnya.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata, kos semua ubat telah meningkat lebih tinggi daripada kadar inflasi.
Oleh itu jelasnya, GST akan menambah lagi kenaikan kerana semua kos termasuk pengangkutan juga akan meningkat.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Sebenarnya banyak sgt penipu dan penfitnah di kalangan pakatan haramjadah sekarang ni termasuk kau
Sebelum GST lagi, banyak ubat2an dan barang2 lain dah dikenakan cukai, tapi kerajaan tak sebutlah namanya GST ke pontianak ke etc
Pandanglah sekeliling kau, sebenarnya taraf hidup rakyat Malaysia semakin baik dan tinggi. Lihat saja kemampuan berbelanja orang2 kita, dalam kiraan 10 kenderaan ( kereta ), 7 buah daripadanya adalah keluaran tahun 2008 hingga sekarang, cuma 3 buah saja yg dari keluaran 2008 ke bawah, tak percaya, masuk highway dan perhati betul2.
Orang Melayu dulu jarang pakai kereta branded, Honda, Toyota Vios, Alphard, Vellfire, Audi etc, tapi sekarang dah bersepah, kat rumah kdg2 kita dapat lihat 4 hingga 5 buah kereta
Yang ada motosikal besar pun ramai termasuk perempuan, tahun2 1990-an dulu payah nak jumpa
Tengok pulak tempat2 makan yg berprestij, yg ada western food, international, selalu penuh dgn pelanggan
Pergi pulak shooping2 mall, sesak dgn muka2 Melayu, walaupun Mydin yg dikatakan murah ( tak banyak manapun, gimik je lebih ), berduyun orang usung troli penuh dgn keperluan
Jadi, keluhan ttg kenaikkan harga minyak, GST ni pada aku cuma mengarut, pembohongan besar, lebih kpd agenda politik semata2
Kalau nak kata rakyat Malaysia tak berduit, tgk berita2 semasa, berapa ramai yg tertipu kerana nak cepat kaya, kena tipu puluhan, ratusan dan jutaan ringgit. Mana dtg duit ni.
Pendatang bersepah kerana kayanya Malaysia ni, mereka mengeluh sebab kena tangkap jadi PATI, tetapi mereka tak mengeluh pun ttg harga barang kat Malaysia. Itu sebab mereka masuk pasaran baru kat sini, iaitu berniaga !!!!
So, hentikanlah bab2 politik, hina dan fitnah ni, berdiri di alam nyata dan terima hakikat. Kalau tak kau akan terus jadi orang yg mengeluh, penuh bongkak dan sombong !!!
Catat Ulasan