Isnin, 22 Disember 2014

Dokumen rahsia CIA tersebar

Menurut sumber berita WikiLeaks, dokumen berkenaan turut menggariskan beberapa strategi bagi ejen untuk mengelakkan pemeriksaan peringkat kedua di lapangan

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Dua dokumen sulit milik sebuah ejen perisikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang digunakan sebagai panduan ahlinya bagi mengekalkan
penyamaran ketika melepasi sempadan antarabangsa dilaporkan bocor baru-baru ini.

Dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai dokumen sulit dan ditandakan sebagai “NOFORN” yang bermakna dokumen tersebut tidak boleh didedahkan kepada mana-mana
agensi perisikan bersekutu termasuk orang awam, lapor AFP. 

Menurut sumber berita WikiLeaks, dokumen berkenaan turut menggariskan beberapa strategi bagi ejen untuk mengelakkan pemeriksaan peringkat kedua di lapangan
terbang dan sempadan negara. 

Sementara itu, CIA dilaporkan berkata, antara panduan yang terdapat dalam dokumen tersebut termasuk pembelian tiket penerbangan sehala dengan menggunakan 
wang tunai sehari sebelum penerbangan dijadualkan. 

“Jika ejen menggunakan pasport diplomat tetapi mengenakan pakaian terlalu kasual, mungkin ia akan menyebabkan ejen itu ditahan pihak berkuasa.

“Jika hal ini berlaku, ejen itu terpaksa melalui pemeriksaan tahap kedua. 

“Apabila ejen ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa di lapangan terbang, mereka perlu membuat jalan cerita sendiri serta tidak boleh mengubah apa-apa
perincian dalam jalan cerita tersebut,” kata CIA seperti yang dipetik dalam dokumen maklumat sulit itu. 

Mendedahkan maklumat dokumen itu lagi, kebiasaannya ejen yang berjaya meyakinkan pihak berkuasa lapangan terbang tersebut akan dilepaskan untuk meneruskan
perjalanan mereka. 

“Ejen perlu konsisten, berlatih dengan baik dan mengekalkan penyamaran mereka sebaik mungkin untuk mengelak daripada disoal siasat pihak berkuasa,” katanya
lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: