2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.
Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.
Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter,
katanya.
"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang
lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.
"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.
Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95
dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi
itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di
bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.
"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan
pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.
Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk
block quote
BN kutip RM274 juta cukai petrol dalam 45 hari – Rafizi
Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter
kepada RM1.71 seliter.
Dengan mengambil kira jaminan keuntungan syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih
rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.
Bagaimanapun rakyat, katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.
“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar
cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan
Perdana Menteri di Parlimen.
“Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol. Manakala bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146
juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel,”
“Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” ujarnya yang
juga Ahli Parlimen Pandan.
Oleh sebab itu, katanya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang tidak telus dan memangsakan rakyat.
“Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari
sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?,” soalnya. -KD
block quote end
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan