Menurut Iesak, laporan mengenai bahaya spesies rumpai berkenaan didedahkan di media massa, baru-baru ini.
Oleh itu katanya, satu gotong-royong membasmi rumpai Miang Mexico oleh Jabatan Pertanian negeri (JPN) dengan kerjasama pelbagai pihak membabitkan keluasan 0.4 hektar diadakan di Kampung Sikota dan Pekan Johol selama dua hari.
“Kita mengajak orang ramai datang ke Kampung Tangkoh Sikota untuk melihat sendiri bagaimana rupa bentuk rumpai terbabit serta tahu cara untuk memusnahkannya.
“Sebelum melakukan gotong-royong, langkah keselamatan perlu dititikberatkan. Peserta terdiri daripada Agen Pengembangan Kawasan (APK) setiap daerah telah diberi taklimat terlebih dahulu berkaitan risiko memegang rumpai terbabit serta dibekalkan dengan sarung tangan serta topeng muka.
“Apabila kita tunjukkan rumpai ini kepada umum, ramai memberitahu mereka pernah melihat, malah turut menggunakan bunganya untuk menghias sirih junjung. Oleh itu, kesedaran itu penting supaya kita sama-sama dapat memusnahkan rumpai ini dari terus merebak,” katanya.
Menurutnya, seramai 100 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian, penduduk kampung dan APK telah bersama-sama melakukan gotong-royong seluas 0.1 hektar di Kampung Sikota.
Menurut Iesak, terdapat beberapa kaedah untuk memusnahkan rumpai ini seperti mencabut, kumpul dan bakar.
“Selain itu, ia juga boleh dihapuskan dengan menggunakan racun rumpai dan air garam. Namun, selepas dua minggu pemeriksaan ulangan perlu dilakukan kerana ia mudah membiak dan sukar untuk mati,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Noriah Yunus, 55, berkata, dia adalah punca merebaknya rumpai Miang Mexico di sekitar kampung berkenaan.
“Ini kerana pada 2003, mak cik ada membawa sepasu pokok Miang Mexico yang mak cik minta daripada kawan di Tampin kerana bunganya cantik. Mak cik juga pernah gunakan bunga itu sebagai perhiasan tambahan pada sirih junjung.
“Memang pokok ini mudah merebak di sekeliling rumah dan sangat cantik kerana bunganya berwarna putih.
"Sebelum ini mak cik tak tahu bahawa pokok ini berbahaya, cuma anak mak cik berusia 17 dan 30 tahun serta cucu mak cik sering mengalami batuk dan gatal-gatal,” katanya baru mengetahui punca sebenar yang dialami cucu dan anaknya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan