Peserta perhimpunan berjaya menjawab soalan yang berkirsar mengenai fakta kes perbicaraan terbabit turut membawa pulang hadiah berbentuk hamper daripada penganjur.
Pertandingan kuiz tersebut diadili oleh kartunis popular Zunar, yang turut memakai jubah hitam dan juga rambut palsu putih seperti seorang hakim.
Para peserta berkenaan antara lainnya ditanya mengenai jenama dan saiz seluar dalam Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II.
Rata-rata para penyokong Anwar yang berada di perkarangan Istana Kehakiman diperhatikan mengikuti kuiz tersebut dalam suasana gembira.
Kuiz berkenaan berlangsung selama kira-kira 15 minit dan akan bersambung petang ini apabila persidangan mahkamah diteruskan semula.
Sementara itu, di satu sudut lagi, seramai kira-kira 30 orang penyokong Saiful cuba menarik perhatian dengan bersorak dan melaungkan slogan "Tangkap Anwar" dan "Anwar Peliwat".
Mereka turut memainkan rakaman ceramah daripada penceramah popular Ustaz Azhar Idrus melalui pembesar suara berhububg hukum sumpah mubahalah.
Ia bagi membangkitkan persepsi ke atas Anwar yang tetap enggan bersumpah bagi menunjukkan beliau tidak melakukan perbuatan liwat seperti yang didakwa di mahkamah.
Isteri Zunar antara yang ditahan polis
Isteri kartunis politik, Zunar, Fazlina Rosley bersama beberapa individu lain ditahan ketika ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.more updates ..
Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pihaknya masih tidak mendapat maklumat lanjut berkenaan penahanan itu.
"Kita pun tak tahu. Katanya ada barang dalam motor kemungkinan dokumen ataupun buku. Jadi barang itu dirampas dan orang yang bawa ditahan.
"Saya yakin mungkin itu kartun Zunar. Mungkin dia jadi sasaran sebab pakaian hakim tadi petang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui sebentar tadi.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar pagi tadi dilihat tampil dengan kostum hakim lengkap dan membawa tulisan 'Hakim Negara Kartun'.
Tindakannya itu menarik perhatian penyokong Anwar dan pihak media.
Sementara itu, Shamsul berkata, pihak polis dinasihatkan memaklumkan kepada pihaknya sebelum membuat sebarang tangkapan.
"Saya nasihatkan pada polis jangan lakukan provokasi. Macam tadi saya tanya pegawai apa kesalahannya, dia pun tak tahu. Jadi tak bolehlah buat begitu kerana kita kawal keadaan, jangan mulakan tangkapan.
"Dalam pertemuan dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Putrajaya) kita dah janji bahawa perhimpunan ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi dan kita nasihatkan juga pada OCPD supaya kalau nak buat sebarang tangkapan, beri maklumat kepada kita. Bukan minta izin tapi maklum," katanya.
Namun beliau tidak menafikan karya Zunar yang dijual di pekarangan mahkamah itu ada yang diharamkan.
"Mungkinlah tapi kalau ada yang diharamkan dan sebagainya, mesti ada satu laporan polis dibuat. Bukan main tangkap.
"Siapa yang kena tangkap pun kita tak tahu. Jadi, ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anggota kita.
"Kita dah ada perundingan yang baik dengan OCPD. Sampai hari ini kita sudah kekalkan disiplin anggota dan penyokong kita. Tidak ada sebarang kejadian-kejadian yang besar yang tidak boleh dikawal," katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin penahanan tersebut tidak akan menjejaskan sokongan yang bakal diberikan, esok.
"Penahanan ini tidak akan sekat sokongan esok. Lebih ramai orang akan datang esok," katanya.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan