Isnin, 10 November 2014

Pendedahan mengejutkan mengenai insiden tanah runtuh di Cameron Highland

pen buruk online ™ menconteng ...

Malam tadi aku sambil makan-makan dan santai-santai, terpandang dan terdengarlah juga pembaca berita Buletin Utama sebut pasal pendatang banyak kat Cameron Highlands. Kalau ikutkan hati memang aku tak teringin pun nak tengok Buletin Utama yang kaki spin. Tapi dah makan kat kedai makan terpaksalah tadah telinga dan mata.

Alahai bila isu Cameron Highlands, aku nak tersedak sebab nak tahan gelak. Isu Tanah runtuh, yang disensasikan sekarang jumlah PATI kat Tanah tinggi tu. Kah kah kah kah kah ..

Sekarang TV3 melalui Buletin Utama diajar oleh bapak setan yang dikenali agar spin cukup-cukup. Biar rakyat percaya dan mabuk ketum yang terjadi Tanah runtuh tu bukan sebab ketirisan, rasuah, salah urustadbir UMNO tetapi disebabkan PATI punya kerja .. kah kah kah kah kah kah ...

kah kah kah kah kah .. woi.. budak sekolah pun sengih bila dengar isu PATI kat Cameron Highlands dengan kejadian Tanah runtuh. Malangnya ..


Ini Sebenarnya Punca Banjir Di Cameron Highland...Harap TV3 Boleh Spin Sampai Lunyai


Harap TV3 boleh spin sampai lunyai isu ini. Dah berapa kematian akibat banjir kilat yang berlaku di Cameron Highland. Rupanya-rupanya isu penerokaan haram disetiap pelosok Cameron Highland.

Padanlah hilang sumber tadahan hujan. Jangan harap TV3 akan spin isu ini, kalau ada pun takat 1-2 malam ja itu pun kalau ada.

Ini bukan pendedahan dari Harakah, bukan Suara Keadilan, dan bukan Malaysia Kini, tetapi surat kabar UMNO BN Utusan Malaysia. Penduduk pun dah lapor pada pihak berkuasa tapi katanya tidak langsung tindakan yang diambil.

* lagi mau pilih UMNO / BN yang bangga dengan BR1M tu????

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dua isu yg timbul, iaitu banjir pendatang asing Dan banjir lumpur menonjolkan salah urus tadbir tahap gaban, menjurus kepada 'criminal negligence'. Natijahnya nyawa rakyat awam menjadi pertaruhan secara berkala. Turut korban ialah sungai2 yg menjadi sumber air Dan sumber protin yg utama untuk penduduk hulu, (melalui hidupan air.) Untuk mengalih dan meredakan benci rakyat, perkataan2 sprti 'banjir kilat', 'hujan', 'penerokaan haram', 'sindiket penyeludup manusia' digunakan. Apabila dirasa kurang berkesan, nama Adnan Yaakub pula ditonjolkan. Hubayah, hubayah.