Khamis, 20 November 2014

DAP boleh keluar PR

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

SHAH ALAM - Mana-mana parti dalam PR boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai Pas walaupun merasakan segala kemelut dalam PR sudah berakhir.

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam PR hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada Pas, mereka undurlah diri dan biarkan Pas bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya, semalam.

Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.

"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang dari hati ke hati.

"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam PR, mereka boleh tarik diri. Dalam PR tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

mengapa suruh DAP keluar pakatan padahal Pas yang membuat Pakatan kelamkabut baru-baru ni.Sepatutnya Pas yang bertindak keluar dari pakatan biarkan DAP dan PKR yang pegang kuasa.Pelik kenytaan Tuan Man ni.Apa kata sekiranya DAP keluar pakatan dan di ikuti oleh PKR dan mereka terus kukuh mengikta pakatan,apa jadi dengan Pas? nak perintah selangor hanya ada 13 Dun sahaja setelah 2 dun dikenakan tindakan .kan bengong namanya.