Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam salah satu ceramahnya telah meberikan penjelasan kenapa berlaku pertembungan calon tersebut. Penjelasan dalam ceramah tersebut telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dan kemudiannya pihak PKR mengambil tindakan menyaman Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi. * aku rasa bukan pihak PKR. tetapi mereka yang dimaksudkan sebagai pil kuda.
Yang berikut transkrip soal jawab antara Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan peguam plaintif yang dipetik daripada Buletin Online
S1: Sila nyatakan jawatan Datuk Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presiden kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
S2: Boleh Datuk Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.
S3: Tadi Datuk Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.
S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Datuk Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13 selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.
S5: Boleh Datuk Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah yang menggantikan Datuk Mustafa Ali.
S6: Lebih kurang berapa lama Datuk Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.
S7: Boleh Datuk Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.
S8: Apakah yang Datuk Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Datuk Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan penjelasan kepada saya selaku ketua parti.
S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah pertama saya selepas penamaan calon, yakni saya dijemput untuk memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri oleh pihak media.
S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.
S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Datuk Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak. Malah, saya tidak sebut nama sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.
S12: Adakah Datuk Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Datuk Seri?
Tidak. Saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan dia.
S13: Adakah Datuk Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak munasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.
S14: Adakah Datuk Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali. Saya tidak kenal dia (plaintif).
S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Datuk Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Hanya di Alor Limbat sahaja.
S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR. Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Datuk Seri untuk mempastikan bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya.
S17: Adakah ini bermakna Datuk Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak. Kerana (integriti) ini ditentukan oleh parti masing-masing. Kami daripada Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya bertanggungjawab menjelaskan kriteria umum yang mesti dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat.
S18: Berhubung dengan tindakan saman yang dikaitkan dengan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri menerima sebarang surat tuntutan daripada pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Datuk Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.
S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Datuk Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.
S20: Boleh Datuk Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Rmum ke-13.
S21: Apa yang terpenting daripada kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.
S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. – HARAKAHDAILY 29/10/2014
* sekarang tuan guru sila jawab. Aku pula nak tanya.
1. kenapa TG Hadi kata ada calon parti pakatan lain dengan pil kuda?
2. Sudah tentu TG Hadi dapat maklumat dari orang lain mengenai pil kuda. Sila nyatakan siapa yang beri maklumat, dan siapa pula yang terlibat dengan pil kuda.
3. Jika hanya sebut secara umum;
a) macam main-main je sebut. boleh ke main - main macam tu sampai nak pil kudakan orang lain? Islam membenarkan itu?
b) ucapan itu mendatangkan banyak buruk sangka / fitnah. Islam ajar macam itu kah?
c) kalau ada bukti atau yakin akan calon pil kuda kenapa tak berani tampil jelaskan?
4. Apakah TG Hadi sedar akan konflik hasil ucapan pil kuda kepada PENYOKONG pakatan rakyat? Apakah ada lagi DUN yang TG Hadi sokong calon sebagai calon bebas semasa PRU 13 melawan calon pakatan rakyat?
5. Kalau isu barua ada tukang backup dengan mengatakan masalah loghat Terengganu, pil kuda pula nak rujuk loghat mana?
6. Jika dah keluar dari mulut TG Hadi. Sudah tentu ianya bukan saja-saja. Mesti ada dalam kepala otak siapa orang itu yang TG Hadi maksudkan. Berani kerana benar.
7. Aku penyokong pakatan rakyat. Aku berhak tahu siapa yang dimaksudkan dengan pil kuda tersebut. Jangan biar penyokong terus buat andaian. Nanti dosa fitnah siapa nak tanggung?
8. Kita bukan benci, kita kritik kerana sayang, tanpa penyokong siapa pemimpin?
more updates ...
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Buat apa tanya di sini
kalau nak tanya sila pergi mahkamah dan tanya
Ulama pewaris Nabi.Ini fitnah lebih besar? Ta kan Nabi penipu dan tukang fitnah. Nabi agama PAS agaknya
Ulama pewaris Nabi.Ini fitnah lebih besar? Ta kan Nabi penipu dan tukang fitnah. Nabi agama PAS agaknya
Catat Ulasan