Rabu, 15 Oktober 2014

Lihatlah apabila MP UMNO marah pada partinya sendiri kerana berbohong!!


Slogan janji ditepati sebenarnya hanya sekadar kosmetik pilihanraya. MP UMNO dan hali UMNO mesti sedar, Najib bersama-sama kepimpinan yang ada hanya mahu mengekalkan kuasa.

Dan mereka hanya pandai memberi gula-gula untuk menyedapkan rasa pengundi. Hakikatnya banyak yang karat disebalik kosmetik itu.

Lihatlah apa yang MP UMNO ini kata;

“Tapi sekarang saya malu, orang tanya mana rumah, setahun setengah belum ada, sudah masuk dua tahun masih tidak ada

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh mempersoalkan janji Kerajaan Barisan Nasional yang pernah berjanji untuk membina satu juta rumah dalam waktu lima tahun di Sabah.

Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.

“Pada waktu itu, saya sendiri telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga sekarang, mana rumah yang dibina?” soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini.

Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO, apabila ditanya, bermacam-macam jawapan yang ada.

“Waktu diberi penerangan saya berpuas hati, tetapi bila lama kelamaan saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kini beliau sendiri malu apabila ada yang bertanya di manakah dan apakah perkembangan projek tersebut.

“Tapi sekarang saya malu, orang tanya mana rumah, setahun setengah belum ada, sudah masuk dua tahun masih tidak ada

“Jadi saya minta Yang Amat Berhormat campur tangan, janji ditepati. Kita tidak mahu janji-janji menggunung tapi apa pun kita tidak buat

“Kita minta Kerajaan Persekutuan, kalau boleh apa yang perlu untuk Sabah dibagi kepada Sabah. Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu,” katanya.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

klu dh tahu mcm tu, cpt2 la tgglkan UMNO

Tanpa Nama berkata...

ini certa lubang pantat bar. ehh kau sudah tau najib pembunuh al tantuya algi nyak dia mencuri dana harta negara bagi pada bini nyak.kanpa kau bodoh sangat kau sokong dia lagi

FORENSIC PATHOLOGY berkata...

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh kan YB Ahli Parlimen BN Kalabakan, Sabah.... Datuk Seri kena berusaha kotakan janji dan manifesto yang Datuk Seri bersama UMNO-BN janjikan. Bukan menuding jari kepada kerajaan. Kerajaan tu kan Datuk Seri sendiri. Jangan tudah menuduh dan salah menyalah. Kumpulkan kesemua rakan-rakan untuk berkerja serta berusaha membina sejuta rumah untuk rakyat di Sabah. Banyakkan bekerja dari bercakap!!! Kalau tak boleh usah berjanji pada rakyat marhaen. Bagi orang lain buat kerja. Janji mesti ditepati. Bukan dicapati. Anyway rumah bukan free.... rakyat marhaen kena bayar juga. Bukan duit Datuk Seri pun.....

Tanpa Nama berkata...

Nanti pru14 Rosmah x calon ko Ghapur hehe