Khamis, 16 Oktober 2014

Pemimpin PAS takkan tak reti bahasa lagi?!!

dari pen buruk online ™

Kalau sampai saat ini pemimpin PAS, Presiden PAS dan yang sewaktu dengannya masih tidak buka mata, sah mereka mengambil risiko yang sangat tinggi.

Memang keluar masuk pemimpin dalam politik itu perkara biasa. Tambahan pula Si Tamrin. Siapa dia tu? Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba. Ramai orang kenal.

Malang jika lepas ini ada pemimpin PAS berkata sesiapa boleh masuk keluar PAS. Tamrin keluar PAS kami tidak hairan. Malang lagi jika ada pemimpin PAS yang mendabik dada mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik.

PAS harus sedar, bukan sahaja Tamrin yang sudah pun keluar. PAS juga kena faham dan menerima hakikat, ramai lagi anak muda yang sudah 'tawar hati' dengan PAS.

seperti tulisan aku yang terdahulu mengenai fenomena ahli keluar PAS rujuk sini

Bila sebut 'tawar hati' ini bukan bermakna 'tawar hati' dengan Islam. Itu sama sekali tidak. Islam lebih tinggi dari PAS.
Dan janganlah pula menghukum orang yang 'tawar hati' dengan PAS sebagai tidak mencintai Islam.

Cuma dalam konteks politik, aku berpendapat ramai anak muda atau golongan aliran sederhana yang semakin meluat dengan kepimpinan PAS.

Tamrin mungkin sekadar ahli biasa yang baru setahun dua menjadi ahli. Tapi sebenarnya Tamrin menjadi tanda aras kepada PAS sekarang. Ramai orang yang sedang memerhati perkembangan kepimpinan PAS. Apa yang kita boleh katakan, tunggu dan lihat pada pilihanraya akan datang.

PAS harus mencari jalan terbaik. Bukan aku suruh mengadaikan akidah. Aku cuma suruh cari pendekatan baru. Kalau sampai kena tukar baju pemimpin .. silakan!

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin sah meninggalkan Pas yang disertainya sejak 2012 berkuat kuasa hari ini.


{baca lagi klik butang papar ... }




Blogger terkenal Shahbudin Husin menerusi posting terbarunya menulis, Tamrin sendiri bertemu beliau pagi tadi dan mahu beliau menjadi saksi pengundurannya sebagai ahli parti itu.

"Katanya, beliau sudah berfikir panjang dan muktamad dengan keputusan ini," tulis Shahbudin.

"Pada mulanya, saya menyangka beliau hanya ingin berbual-bual kosong atau mungkin menjelaskan mengenai apa yang saya tulis sebelum ini tentang khabar angin yang tersebar luas mengenai dirinya akan meninggalkan Pas yang kemudian menjadi perbualan ramai.

"Rupa-rupanya beliau meminta saya menjadi saksi berhubung keputusannya mahu meninggalkan Pas," ujar Shahbudin dalam posting berjudul 'Sah!! Tamrin ucap selamat tinggal pada Pas'.

Selain Shahbudin, seorang lagi rakan Tamrin turut menjadi saksi surat yang ditandatangani oleh Tamrin.

"Surat itu ditandatangani pada jam 9.10 pagi dan kira-kira pukul 10 kemudiannya terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014 dengan tajuk 'Menarik diri sebagai ahli Pas' itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu dengan ayat, "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.

"Adalah diharapkan pihak Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih," antara butiran surat itu.

Surat itu tidak mengandungi sebarang alasan mengapa beliau meninggalkan Pas.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hee Heee.Heee.. Tamrin nak kluar.. Hee Hee

Keluar lah...Ader aku kesoh..

Ada Tamrin pon nak buat aper.. menyemak ajer..

Unknown berkata...

DATANG MU TAK DIUNDANG .....PERGI MU PUN TAKDI JEMPUT....SATU ;PERGI SERIBU MARI.......TAK YAKIN DENGAN KALAM ALLAH,,,,DAN TAKPAHAM AL -QURAAN....CUKUP SAMPAI DI SAJA......



Tanpa Nama berkata...

En mustafa anda harus tau membezakan mana ulamak politik mana islam sebenar

UJUB berkata...

dua tulisan di atas mcm nik beduh atau hj hadi je yg tulis.

org keluar PAS, bukan keluar islam. apa kena mengena keluar PAS dgn tk faham kalam Allah. masuk PAS makna faham Quran, keluar PAS makna tak faham Quran.

Nabi saw dan sahabat rdh ahli PAS ke? kalau bukan adakah mereka juga dianggap tk faham agama?

samalah dgn umno yg tk faham parti yg memerintah dengan negara. umno faham tk sokong mereka bermakna menentang negara.

tamrin keluar tidak beri kesan pada PAS tp dari moralnya besar maknanya. dibelakang tamrin ada ramai yg kecewa dgn PAS.

jgn sombong dengan penyokong. konon parti Allah tidak bergantung pada makhluk. kalau gitu jgn masuk pilihanraya. jadi saja NGO.

semuga 2 komen diatas bersifat individu saja. tp individu begitu lah yg merosakkan PAS. bila perjuangan islam dijangkiti mazmumah sombong ego bongkak takabur, maka susutlah ehsan dan mahmudah.

sama mcm umno lah, tak umno boleh keluar dr negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Cerdiklah sikit, pas dengan islam dua benda yang berbeza. Islam untuk semua,cara hidup dan jalan yang diredhai Allah, tuhan penguasa sekalian alam. Pas hanyalah parti politik dan sifat parti politik pasti ada cacat cela, tipu daya serta auta dalam perjalanannya. Tidak jelas samada menjadi parti yang diredhai Allah ataupun sebaliknya. Apa yang semakin celaru ialah hak eksklusif islam cuba diambil oleh golongan yang merasakan merekalah golongan suci ysng paling hampir dengan Allah. Kesannya, pandangan mereka dianggap hukum, arahan adalah wajib, lantang dianggap menyanggah, menyanggah dihukum menentang, menentang dilabel musuh dan musuh dihukum ingkar pada agama. Seolah-olah kunci pintu syurga milik bangsa, parti atau negara kita. Ini tanggapan yang harus dikikis dan diperbetulkan. Harus diingat perbezaan pandangan bukanlah sebab untuk pepecahan. Berlainan pandangan bermakna lebih luas arah yang kita lihat. Sewajarnya lebih banyak pandangan yang kita dapat, cukup untuk menilai bukan untuk menghukum. Berlapang dada dan fikiran dalam memerima pandangan. Para imam besar mazhab sedia menerima pandangan yang berlainan, siapa kita untuk menafikannya. Adalah imam besar mazhab melayu terlalu agung untuk diperbahaskan. Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

satu pergi, seribu akan keluar lagi%%%