Rabu, 15 Oktober 2014

Pendedahan tergempar!! Adik Hishamuddin dapat kontrak rundingan terus RM77 juta!!

Beginilah cara pemimpin UMNO hidup. Hidup rakyat, rakyat diutamakan kroni lagi diutamakan. Yang kenyang anak beranak mereka. Kalau tak bergantung harap bukan UMNO namanya.

Nak dapat kontrak mesti mengampu dan menempel pada Ketua Bahagian.

Nak dapat biasiswa kerajaan yang sah dari duit rakyat mesti melalui JKKK. Tak sokong kerajan tak dapat biasiswa, bantuan itu ini.

Tapi bila kena anak beranak mereka, bukanseribu dua .. tapi jutaan ringgit mereka kebas. Ikuti kisah yang aku petik dari media online:

KUALA LUMPUR 15 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal penglibatan Syarikat Lembah Sari milik adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang didakwa menerima kontrak percetakan label keselamatan rokok dan arak bernilai RM77 juta.

Syarikat milik Datuk Haris Hussein Onn itu sebelum ini didakwa mendapat konsesi bagi percetakan label keselamatan rokok pada tahun 2006.

Beliau mempersoalkan adakah syarikat itu menerima tawaran secara rundingan terus daripada kerajaan dengan menawarkan harga terendah bagi kontrak berkenaan.

“Kerajaan perlu menjawab sekiranya syarikat adik Hishammuddin itu menerima kontrak secara rundingan terus dan adakah syarikat itu sahaja yang mampu mencetak label keselamatan di negara kita.

“Ini cubaan kerajaan yang jelasnya terus memberi keuntungan kepada syarikat berkepentingan”, katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Selain adik kepada Hishamuddin, Haris juga merupakan sepupu kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 12 September lalu, akhbar perniagaan The Edge melaporkan, Syarikat Lembah Sari menjalankan perniagaan dakwat keselamatan bagi menggantikan konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada tahun 2006 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Persoalannya, adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu atau hanya syarikat itu sahaj yang menawarkan kontrak yang paling rendah,” soalnya.

Tambah beliau lagi, melalui pelabelan keselamatan dan percetakan pada rokok dan arak belum dapat memberi jaminan penyeludupan barangan itu dapat diselesaikan.

“Ini jelas menunjukkan penggunaan label ini meningkatkan kos dan memberi keuntungan kepada syarikat tetapi tidak dapat mencegah penyeludupan rokok di negara kita.

Justeru, beliau menuntut kerajaan lebih komited mencegah penyeludupan barangan yang akhirnya kerajaan mengalami kerugian hampir RM 1 bilion.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: