Kita bukanlah hairan sangat kalau 'tragedi' kekecohan PAS Kedah semasa PRU 13 yang lalu ditunjangi oleh peranan media milik UMNO. Mereka Berjaya dalam misi meruntuhkan PAS Kedah. Kerja jahat mereka kita tak nafi.
Tapi kita juga turut disajikan serang menyerangkepimpinan PAS Kedah masa itu. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Dan setahun lebih sudah berlalu. Kenapa tak terus menerus tunjuk sikap bodoh bertelagah sesama sendiri macam dulu?
Kena akui, antara sebab runtuhnya PAS Kedah pada PRU 13 yang lalu adalah muaknya rakyat Kedah pada sikap sesetengah pemimpin PAS masa itu. Akhirnya dengan bantuan UMNO, media masa dan izin Allah, rakyat Kedah menolak PAS.
Itulah pengajaran terbaik untuk parti PAS. Tapi apakah mereka belajar dari kesilapan itu? Apakah mereka terus mendabik dada mereka adalah ulama dan pakar kepimpinan terbaik? Terpulang ... menyesal sudah tidak berguna lagi. Teruskan bersengketa. Sekarang masuk fasa PASMA dan PAS pulak. Baguih ... tak lama lagi lumpuh habis PAS kalau hangpa buat perangai buruk macam ni.
Setahun lebih , PAS Kedah apakah masih bergelora atau sudah aman?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
6 respon:
PAS Kedah? Sampai hari ini ahli PAS tidak dihidangkan lagi post-mortem PRU13.
Rasanya PAS Kedah tak kelapaq nak ambil balik pentadbiran Kedah dalam PRU14 nanti. Rasanya jentera lumpuh... lebih-lebih lagi bila yang ahli-ahli yang cenderung kepada Pakatan Rakyat dilabel 'barua dan broker'. Tambah lagi kena doa pulak dalam muktamar lagi jahanamlah.
Rasanya depa nak bagi free kat UMNO terus perintah Kedah kot. Maklumlah terlalu ramai konco-konco UG di dalam PAS Kedah.
UMNO boleh goyang kaki sekarang.
betol 3x
Pernah kah PAS insaf akan diri mereka..?? Bila..?? Angkuh adalah.. orang ni tak kena.. orang tu tak betul.. mereka saja yang betul... TAPI sebenarnya merekalah yang TAK BETUL..!!!
Masing2 sudah ada gaji dan senang lenang ada elaun yb.
Bagi ularmak2 Pas kesejahteraan dn kesempurnaan didunia tidak penting tapi yg di akirat tu penting.
Biar aje umnob perintah dn zalimi rakyat dn ularmAk2 PAs memberi kemudahan pada umnob. Mereka selesa peranan ini....UG lah katakn.......tapi tidakkah mereka hayati apa yg tertera dalam surah Hud ayat 113?
Tak takutkh ularmak2 ini yg dikejar tk dapAt yg dikendung berciciran.
Nik Abodoh apa pandangan?
Kalau pr menang di kedah pru14 maka bagi pkr perintah kedah pulak...
Catat Ulasan