Asri menulis di status akaun Facebook miliknya petang ini, disebabkan budaya dan sikap rakyat sejak dahulu lagi, wakil rakyat terpaksa menanggung beban yang sepatutnya bukan tanggungan mereka.
"Ini seperti YB (Yang Berhormat) terpaksa membelanja wang untuk menziarahi yang sakit, wang sumbangan kenduri kendara, wang saguhati anak-anak pengundi melanjutkan pelajaran, menjamu tetamu yang pelbagai dan macam-macam lagi.
"Ini menjadikan gaji dan elaun mereka sentiasa tidak mampu menampung dan sering membawa mereka mencari pendapatan sampingan yang kadang-kala menimbulkan perkara- perkara negatif di sudut ketelusan," katanya.
Asri berkata, pada masa sama cara urus tadbir wakil rakyat perlu diperbaiki agar pembangunan dapat dijalankan dengan lebih berkesan pada jangka masa panjang.
"Maka saya berasa memang wajar gaji mereka dinaikkan di samping dikemaskinikan cara dan urus tadbir ahli YB agar mereka lebih tertumpu kepada tugasan sebenar iaitu membangunkan kawasan masing masing dengan urus tadbir lebih berkesan untuk jangka panjang.
"Sekali lagi, saya menyokong gaji mereka dinaikkan dengan penambahbaikan pengurusan," katanya sambil menambah, daripada pemerhatiannya, kedua-dua pemimpin politik kerajaan dan pembangkang sama-sama menyokong cadangan itu.
Semua 222 ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan termasuk speaker Dewan Rakyat, speaker Dewan Negara dan timbalan akan menikmati kenaikan gaji dan elaun, berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015 minggu lepas.
Elaun Gred 54 akan dinaikkan kepada gred Jusa C, manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada Gred 48 kepada antara Gred 54 dan Jusa C.
"Tanggungjawab seorang ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagamaan, sosial dan pendidikan.
"Dengan kata lain, khidmat ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu," kata Najib dalam Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
Manakala, gaji anggota pentadbiran termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kabinet dan timbalan menteri dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, gaji RM6,500 yang diperoleh ahli parlimen adalah rendah jika dibandingkan dengan negara lain, menyebabkannya terpaksa mengikat perut dan perlu dinaikkan. – 14 Oktober, 2014.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan