Rabu, 15 Oktober 2014

Berita dukacita dari Ketua Setiausaha Negara kepada seluruh kakitangan awam

PUTRAJAYA - Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet e2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs, Azih Musa berkata, langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari. Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. – Bernama

Ulasan PBO:

Dengan ini membuatkan dan menyemarakkan kakitangan awam yang tidak berkemampuan untuk meminjam atau menggunakan kad kredit atau lebih malang takut-takut ada yang meminjam kepada AH Long.

Sudah tentu langkah ini akan mengundang pelbagai masalah di kemudian hari. Apa salahnya kalau beri pada 15 Disember. Kalau yang lain boleh pulak...


more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Aiiih Banyak Cakap Dah Bagi Nak Awal pulok..

Macam2 Kakitangan Kerajaan nie, Asyik2 Nak Naik Gaji, Nak Bonus, Kerja Hampeh

PM Najib Tak Payah Bagi Terus lah...

Buat bayar aper lah