Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum disiasat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Sedangkan laporan telah dibuat ke atas kedua-duanya oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng 24 September lalu, selepas Ahmad Zahid bersumpah dengan nama
Allah (wallahi billahi tallahii), bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu-isu
sensitif.
“Amukan (Akta) Hasutan masih berterusan, sehingga tiada hari tanpa seseorang disiasat atau didakwa di bawah akta itu, seolah-olah rakyat Malaysia tiba-tiba
menjadi masyarakat paling kuat ‘menghasut’,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk pakar perlembagaan Dr Aziz Bari yang akan disiasat polis esok berikutan pandangannya dalam isu Menteri Besar Selangor.
“Namun, Zahid tidak menunaikan sumpahnya apabila sehingga kini tiada siasatan polis terhadap Mahathir dan Najib,” katanya lagi.
Lip Eng membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung tuduhannya bahawa Kit Siang bertanding di Gelang Patah pada PRU lalu untuk menghasut orang
Cina membenci Melayu.
Manakala laporan terhadap Najib pula tentang ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno 20120, agar mempertahankan ‘kuasa Melayu’ di Putrajaya dengan apa sahaja
cara.
Justeru, Kit Siang menggesa agar Zahid atau Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjelaskan jika polis sudah mengambil keterangan Mahathir
dan Najib.
“Bila mereka akan dipanggil? kata Kit Siang, menjelaskan tidak bercadang agar mereka dihukum di bawah Akta Hasutan.
“Namun tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan dakwaan terpilih menunjukkan pencabulan dan salah guna melampau untuk menutup kebebasan bersuara,
sama ada oleh wakil rakyat Pakatan, aktivis sosial, ahli akademik, wartawan dan juga pemimpin pelajar,” katanya lagi.
PBO: hahaha lu mau tau ka, ini Malaysia, Akta Hasutan hanya untuk pembangkang. Kalau kerajaan UMNO mana laku ini akta hasutan, sebab mereka pun setan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Sumpah dgn nama Allah tk bolih dipandang enteng dn dimain main.
Dimakan sumpah siKomidi nanti-baru makan tk habis.
Tanda2 dh ada dari kecelaruan kata2 dn tindakan dia....kita perhatikn selanjutnya.
Sumpah dgn nama Allah tk bolih dipandang enteng dn dimain main.
Dimakan sumpah siKomidi nanti-baru makan tk habis.
Tanda2 dh ada dari kecelaruan kata2 dn tindakan dia....kita perhatikn selanjutnya.
Catat Ulasan