Isnin, 29 September 2014

Surat buat Haji Hadi

PENYERAHAN SURAT PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN Kepada PRESIDEN PAS YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG

Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan
Barisan Nasional (BN).  Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak
dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang  yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia.

Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.

Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Serahan Surat ‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS

Tarikh: 30 September 2014 (Selasa)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
(Di Hadapan Pintu Utama)

Sekian. Terima kasih.
Syukri Razab
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
syukri.lensa@gmail.com
019-8013 149

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

bagus...bior kurang sikit ego si haji hadi tuu.